Bagi peminat filem seram, The Nun II pastinya antara filem yang dinanti-nantikan ramai. The Nun II adalah sambungan kepada The Nun yang ditayangkan pada tahun 2018.

Filem ini sekali lagi memfokuskan kepada watak Sister Irene lakonan Taissa Farmiga berhadapan dengan Valak/The Nun. Dalam filem ini, Jonas Bloquet turut kembali sebagai Frenchie.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kali ini berlaku empat tahun selepas kejadian filem pertama di mana Valak menyerang murid-murid di sebuah sekolah berasrama penuh di Perancis.

Saya menjadi antara yang terawal menonton filem The Nun II ini dan saya ingin memberikan 3 sebab kenapa anda harus menonton filem ini di pawagam terdekat anda hari ini.

1. Jalan cerita

Filem The Nun II ini sambungan daripada filem pertama dan timelinenya bermula selepas 4 tahun dari kejadian Sister Irene dan Pastor Burke melawan Valak di Romania.

Jump scare di The Nun II ini sendiri sedikit berbeza kerana kehadiran Valak diperlihatkan secara perlahan tetapi aksi Valak di luar jangkaan dalam filem ini. Akan tetapi, dari awal filem hinggalah akhir filem, anda akan berasa seram dan berfikir apa yang sebenarnya Valak mahukan.

2. Kehadiran karakter baru

Watak Sister Debra lakonan Storm Reid mula diperkenalkan dimana dia merupakan biarawati baru yang masih tak percaya dengan mukjizat Tuhan.

Walau bagaimanapun, impaknya dalam filem ini tidak cukup memberikan kesan mendalam tetapi dapat dilihat character development apabila dia membantu Sister Irene untuk mematahkan serangan Valak.

3. Alasan Valak datang ke dunia diketahui

Jika di filem sebelumnya hanya memaparkan bagaimana Valak boleh datang ke dunia, The Nun II akan mengisi beberapa plot hole dalam filem sebelum ini.

Sebagai contoh, latar belakang keluarga Sister Irene yang memiliki ‘kebolehan’ berbeza dari orang biasa turut ditunjukkan, alasan Valak datang ke dunia juga diketahui dan mengapa Valak menggunakan tubuh Maurice juga terungkai dalam filem ini.

Secara jujur, konsep yang cuba dibawakan filem ini memang menarik, tetapi jika lebih banyak aksi Valak menyerang pastinya akan lebih mengujakan.

Selain itu, terdapat kejutan di akhir film yang menunjukkan Valak akan terus kembali menghantui dunia dan pastikan anda tidak keluar awal untuk melihat ‘end credit’.

Secara peribadi, saya memberikan rating 6/10 bintang untuk filem The Nun II ini. Anda yang belum menonton filem ini, bolehlah ke pawagam terdekat untuk menontonnya.