Sebuah syarikat dari China, Mixue Group baru sahaja mengatasi jenama besar dengan lebih 46,479 cawangan di seluruh dunia (41,584 di China dan 4,895 di 11 negara lain), Mixue kini menjadi rantaian F&B terbesar di dunia.
Dari Kedai Ais Kepal Sederhana Ke Empayar Global
Bermula pada tahun 1997 di wilayah Henan, China, Mixue diasaskan oleh dua beradik yang hanya menjual ais kepal (shaved ice).
Nama “Mixue” bermaksud “Bandar Salji Madu”, dan hari ini, ia bukan sekadar kedai minuman—ia adalah fenomena global.
Dengan harga minuman sekitar RM4-5 sahaja (biasanya USD1), Mixue berjaya menarik generasi muda yang mahukan minuman berkualiti tapi berpatutan.
Jenama ini kini membanjiri bandar-bandar kecil dan sederhana di China, di mana hampir 60% cawangannya terletak di bandar “tier tiga atau bawah”.
Lonjakan Untung & Strategi Perniagaan Pintar
Menurut Business Times, jenama berasal dari China ini baru sahaja mengumumkan keuntungan mereka melonjak 40% kepada USD613 juta pada 2024, dengan hasil tahunan mencecah USD3.4 billion.
Apa rahsia di sebalik kejayaan mereka?
- Model Francais Yang Unik – Walaupun berkembang melalui francais, jenama ini sebenarnya tidak terlalu bergantung pada yuran francais. Sebaliknya, mereka menjana keuntungan utama dengan membekalkan bahan mentah, peralatan, dan pembungkusan kepada cawangan-cawangan mereka.
- Rangkaian Bekalan Yang Kukuh – Syarikat mengawal kualiti dan kos dengan mempunyai rangkaian bekalan sendiri, membolehkan mereka mengekalkan harga yang murah.
- Fokus Pada Pasar Luar Bandar & Asia Tenggara – Berbeza dengan Starbucks yang seringkali berada di bandaraya besar, jenama ini berkembang di kawasan kurang maju dan kini giat meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara.
Apa Lagi Yang Menarik Tentang Mixue?
- Produk Berkualiti Tapi Murah: Minuman mereka menggunakan buah-buahan segar dan bahan semula jadi.
- Konsep Mudah & Cepat: Sesuai untuk gaya hidup anak muda yang sibuk.
- Daya Tarikan Visual: Logo merah dan maskot snowman yang mudah diingati.
Dalam laporan terbaru, Mixue menyatakan mereka akan terus memperkukuh rantaian bekalan di China sambil berkembang agresif di Asia Tenggara.