Impian Australia untuk mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia buat kali pertama akhirnya berkecai selepas tewas 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Mesir, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Mesir bermula lebih garang dan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-13 apabila Emam Ashour menanduk masuk hantaran Karim Hafez untuk meletakkan wakil Afrika itu di hadapan.
Gol tersebut memberi keyakinan kepada skuad kendalian Mesir yang lebih banyak mengawal permainan pada babak pertama.
Australia bagaimanapun bangkit selepas rehat. Usaha berterusan mereka membuahkan hasil pada minit ke-55 apabila pertahanan Mesir, Mohamed Hany, tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang hantaran lintang lawan, sekali gus menghidupkan semula harapan Socceroos.
Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas serangan namun gagal menemui gol kemenangan. Penjaga gol Australia, Patrick Beach, muncul wira apabila melakukan satu aksi menyelamat luar biasa pada penghujung permainan untuk menafikan percubaan Rami Rabia, memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Dalam masa tambahan, kedua-dua pasukan terus berhati-hati. Australia membuat keputusan berani apabila mengeluarkan Patrick Beach dan memasukkan kapten berpengalaman Mathew Ryan beberapa saat sebelum penentuan penalti, mengingatkan ramai kepada pertukaran ikonik Belanda yang membawa masuk Tim Krul pada Piala Dunia 2014 khusus untuk menghadapi sepakan penalti.
πΊππππ ππ ππππππ, πΉπππ.
π§€π¦πΊ Popovic decide sustituir al guardameta Patrick Beach en el minuto 119 para que sea Matthew Ryan el que afronte la tanda de penaltis. #LaCasaDelFΓΊtbol pic.twitter.com/Aa0jUaOOfQ
— Movistar Plus Deportes (@MPlusDeportes) July 3, 2026
Namun percaturan itu tidak menjadi. Mesir lebih tenang ketika penentuan penalti dan akhirnya menang 4-2 untuk melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik, sekali gus menyingkirkan Australia daripada kejohanan.
Kemenangan ini menyaksikan Mesir kini menunggu pemenang perlawanan antara juara bertahan Argentina dan Cape Verde dalam pusingan 16 terbaik, sambil terus menghidupkan impian mereka untuk mencipta sejarah di pentas Piala Dunia 2026.
Ini pertama kali Mesir layak ke pyusingan 16 akhir dalam Piala Dunia sejak 1934. Namun pada 1934 hanya 16 pasukan bertanding. Untuk format era moden, ini adalah julung kalinya. Selepas beberapa kali kandas di pusingan awal.
Kapten Mohamed Salah benar benar emosi meraikan kejayaan mereka mara. Kerana menurutnya, kejayaan ini sangat bermakna untuk dia dan rakan rakannya demi rakyat Mesir.
https://twiter.com/brfootball/status/2073150686053744941