Pada 28 April lalu Daihatsu Motor Co. mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat ‘salah laku’ di dalam ujian keselamatan bagi empat buah model kenderaannya, termasuklah Perodua Axia baharu.
Sehubungan dengan itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad tampil memberi penjelasan berhubung kenyataan berkenaan.
Baca Juga:
- Perodua Axia 2023 Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula Daripada RM38,600
- ASEAN NCAP Beri Perodua Axia 2023 Pengiktirafan 4-Bintang
- Perodua Axia Tersenarai Kereta Ketiga Terlaris Asia Tenggara
Menurut beliau, Daihatsu Co.Ltd dilantik dan dipertanggungawabkan oleh Perodua untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia 2023 di Jepun yang disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.
“Sebaik sahaja kami menerima berita mengenai ‘ketidakaturan prosedur’ oleh Daihatsu, kami menghubungi pihak terbabit serta-merta untuk mengenalpasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya,”
“Kami diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian,” katanya dalam satu siaran media.
Ini bermakna, Perodua Axia 2023 adalah selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat oleh Perodua dan kami juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan yang kami hargai.
“Kami memohon maaf di atas segala kekeliruan yang berlaku kepada para pelanggan kami berhubung perkara ini dan memberi jaminan bahawa segala maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model kenderaan Perodua adalah diperakui badan profesional,” jelas Datuk Sri Zainal Abidin lagi.
Perodua juga akan terus memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai serta sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan para pelanggan mereka dan akan terus berbuat demikian sebagai sebahagian daripada amalan dalam menjangkaui setiap jangkaan.
Minggu lalu, Daihatsu Motor Company, anak syarikat Toyota Motor didakwa mengakui menipu dan memalsukan keputusan ujian keselamatan kemalangan melibatkan bahagian panel sisi pintu bagi 88,000 unit kereta yang dijual di bawah jenama Toyota.
Syarikat itu mengesahkan kemasan pintu diubah suai dengan sebuah ‘takik’ (notch) untuk meminimumkan risiko panel pintu tersebut boleh pecah dan terhasilnya bucu tajam yang akan mencederakan ketika beg udara sisi diaktifkan.
Daripada 88,000 kenderaan itu, kira-kira 11,834 merupakan model kereta Perodua Axia 2023 yang dijual di Malaysia.
Hasil ujian keselamatan lalu, ASEAN NCAP memberikan model hatchback itu pengiktirafan 4-Bintang.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.