Model cilik, Zhang Yao Yang yang baharu sahaja berusia 4 tahun mencuri perhatian netizen di media sosial selepas video kanak-kanak ini terjatuh dalam satu majlis pertunjukan fesyen di Shanghai baru-baru ini. Video tersebut tular selepas dikongsikan di laman sosial terkenal di China iaitu Weibo.

Insiden yang berlaku disebabkan dua lagi model cilik sedang berjalan ke arah bertentangan dengannya enggan meleraikan pegangan tangan oleh kerana arahan daripada pengurus pentas yang mengarahkan keduanya berpegangan tangan. Video tersebut tersebar bukan sahaja di China malah ke Korea Selatan dan juga ke lain-lain negara di Asia. Mari lihat telatah comel model cilik tersebut yang pasti membuatkan anda menonton berulang kali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →