Gisele Bundchen, 34, supermodel berdarah Brazil telah menduduki senarai teratas selama 8 tahun berturut-turut oleh majalah kewangan terkemuka dunia, Forbes Magazine dengan jumlah bayaran sebanyak $47 juta sebelum cukai untuk Tahun 2014. Jumlah ini meningkat sebanyak $5 juta daripada tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ibu kepada dua orang anak ini mempunyai gaji yang lebih besar daripada suaminya Tom Brady dan model-model lain. Beliau mempunyai pendapatan yang banyak melalui pengiklanan syarikat seperti H&M, Chanel, Carolina Herrera, produk rambut Pantene dan Oral-B di Brazil.

Apa yang mengejutkan ialah jurang beza pendapatan supermodel di tempat kedua iaitu bintang dari Victoria’s Secret, Doutzen Kroes dan Adriana Lima hanyalah sebanyak $8 juta setiap seorang, tak sampai 18% daripada jumlah pendapatan Gisele.