Setiap kereta-kereta keluaran sebelum tahun 2000an mempunyai nilai eksklusif yang tersendiri. Ia mempunyai para peminat yang masih menghargai binaan kereta-kereta tersebut.
Baru-baru ini, Jon Coupland yang baru berusia 30 telah memenangi hadiah tempat pertama dalam acara tahunan Festival of the Unexceptional 2021 setelah mempamerkan kereta Proton Saga 1.5 GL ‘Black Knight Edition’ tahun 1989.
Jon Coupland yang merupakan seorang anggota polis menyatakan beliau tidak sangka akan dapat merangkul tempat pertama dalam acara pameran tersebut yang turut disertai oleh 50 peserta lain.
“Saya menjadi seorang peminat kereta ketika umur masih muda dan hanya dapat memiliki model Proton ini pada tahun 2019. Sebelum ini, saya tidak pernah mengunjungi Festival of the Unexceptional.
“Namun, saya sangat teruja apabila diterima untuk menjadi salah seorang peserta pada tahun ini. Saya langsung tidak menjangkakan dapat menarik perhatian para juri sehingga berjaya memenangi hadiah keseluruhan dalam acara ini,” terang Jon Coupland dalam satu temuramah bersama pihak penganjur, Hagerty UK.
Untuk pengetahuan semua, hanya kereta-kereta keluaran tahun 1966 hingga 1996 sahaja yang layak untuk dipertandingkan dalam acara tahunan ini. Anda perlu berkongsi kisah mengenai kereta tersebut kepada para juri terlebih dahulu sebelum anda dipilih menjadi salah seorang peserta dalam pameran tersebut.
Hal ini disebabkan Hagerty UK menerima terlalu banyak permohonan daripada orang ramai yang berminat untuk menyertai acara pameran ini pada setiap tahun. Jadi mereka terpaksa menapis setiap permohonan yang mereka terima untuk memastikan pelbagai jenis kenderaan dapat dipamerkan semasa acara tersebut berlangsung.
Menurut Jon Coupland, kereta Proton Saga ‘Black Knight Edition’ miliknya merupakan model terakhir daripada 201 unit yang dibuat khas untuk pasaran UK. Kereta ini pernah dimiliki oleh dua orang pemilik yang berbeza sebelum Jon Coupland membelinya pada tahun 2019.
Tahniah diucapkan kepada Jon Coupland dan kami turut rasa bangga dengan kehebatan Proton Saga ini yang mampu bersaing sengit dengan kereta-kereta buatan negara lain yang tidak kurang hebatnya.
Model Proton Wira ini di kenali dunia kerana berjaya ‘memotong’ Porsche semasa berlumba di litar Nurburgring. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.
Kisah Bagaimana Teksi Wira Ini Dapat ‘Berlumba’ Dengan Porsche Di Litar Nurburgring
Umpama Satu Acara Pameran Kereta, Laman ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’ Jadi Bualan Orang Ramai