Mohamed Salah mahu diingati oleh penyokong Liverpool apabila dia sudah tidak bersama kelab itu nanti.

Kontrak semasa Mohamed Salah akan berakhir selepas tamat musim ini. Dan belum ada kesepakatan kontrak baharu dicapai.

Pemain itu sebelum ini berkali kali menyatakan dia mahu kekal di Liverpool lebih lama.

Mohamed Salah mahu diingati oleh peminat The Reds

Walaupun isu lanjutan kontrak menghantuinya, pemain itu terus memberikan aksi terbaik dalam membantu Liverpool memimpin carta kejuaraan liga pada masa ini.

Liverpool
Soccer Football – Premier League – Liverpool v Everton – Anfield, Liverpool, Britain – October 21, 2023 Liverpool’s Mohamed Salah celebrates scoring their second goal with teammates REUTERS/Carl Recine

Dia juga membantu Liverpool menjuarai peringkat kumpulan UCL.

Dalam satu wawancara dengan wartawan, Mohamed Salah mahu diingati sebagai seorang pemain yang sudah bekerja keras untuk membantu kelab itu.

“Saya nak penyokong ingat saya bahawa saya telah memberikan mereka segalanya. Saya memberikan segalanya untuk bandar ini.

“Saya berada di sini, dan saya tidak malas. Saya menikmati bola sepak saya dan memeberikan usaha sepenuhnya.

“Saya rasa inilah yang menggambarkan tentang bandar ini. Mereka memberikan kamu kasih saya dan hubungan istimnewa dengan mereka kerana kamu memberikan segalanya kepada mereka.

“Saya hanya mahu mereka ingat bahawa saya di sini selama 8 tahun dan sudah memberikan segalanya,” kata Mohamed Salah mahu diingati peminat Liverpool di atas apa yang dia telah lakukan selama 8 tahun.

rekod mohamed salah adalah gila

Mohamed Salah telah membantu kelab Liverpool memenangi segalanya sejak menyertai mereka termasuk kejuaraan EPL dan Liga Juara Juara Eropah.

Peminat Liverpool masih berharap agar pemain digelar Raja Mesir itu terus kekal beberapa tahun lagi.