Liverpool ke Wembley untuk aksi final Piala Carabao menentang Newcastle.
Skuad Arne Slot menjamu kunjungan Tottenham di Anfield. Dengan Spurs membawa bekalan tipis 1-0 dari Stadium Tottenham.

Bertempat di Anfield, Liverpool serba serbi lebih baik berdepan skuad Ange Postecoglou yang dilanda krisis kecederaan yang teruk.
Cody Gakpo menyamakan agregat untuk tuan rumah pada separuh masa pertama.
Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan secara agregat menerusi gol penalti pada minit ke-51.
Spurs yang terus buntu telah membiarkan Liverpool bermaharajela di kawasan mereka. Dominik Szoboszlai mencetak gol ketiga The Reds pada minit ke-75.
Liverpool ke Wembley
Dan lima minit kemudian tandukan deras Van Dijk pastikan Liverpool ke Wembley pada musim debut Arne Slot.
Liverpool menang bergaya 4-0 dia Anfield dan menang 4-1 secara agregat.
Persembahan buruk Spurs
Spurs bermain dengan sangat buruk dalam perlawanan ini. Mereka hanya memegang 35% penguasaan bola.
Spurs juga hanya mencetak 5 percubaan ke arah gol dan tiada satu pun tepat.
Ancaman terbesar mereka menerusi rembatan Son Heung Min yang terkena palang. Selebihnya, Kelleher benar benar melalui malam yang tenang di Anfield.
Ange Postecoglou berkata: “Liverpoool selayaknya menang. Mereka pasukan jauh lebih baik.
“Kami tidak memulakan perlawanan dengan betul, membenarkan Liverpoool bermain dengan cara mereka.
“Fokus kami sekarang adalah aksi seterusnya menentang Aston Villa yang merupakan perlawanan besar untuk kami bangkit.”
Arne Slot gembira
Arne Slot gembira berjaya bawa Liverpool ke Wembley pada musim pertamanya sebagai pengurus The Reds.
Dia berkata: “Ianya sangat mengujakan. Jika kamu kenal saya sedikit, fikiran saya sudah berada di Piala FA menentang Plymouth pada Ahad.
“Namun aksi kami hari ini sangat memuaskan hati.
“Layak ke final sentiasa menjadi perkara yang istimewa, termasuk untuk kelab besar ini.
“Kami bekerja keras setiap hari untuk perbaiki diri. Dan kami juga ada urusan penting untuk bermain di final.”
Van Dijk: Jangan terbuai
Kapten Liverpool, yang juga penjaring gol, Virgil Van Dijk berkata: “Malam seperti ini ada banyak perkara yang kami pertaruhkan.
“Berjaya mara ke final sekali lagi, kami tidak boleh terlalu terbuai buai. Namun kami mahu Liverpool ke Wembley bersama peminat kami.”