Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) berkata Arab Saudi tidak melihat Israel sebagai musuh, tetapi sebagai sekutu yang berpotensi. Menurutnya, negara majoriti Yahudi itu boleh menjadi sekutu sekiranya konflik dengan Palestin diselesaikan.
“Bagi kami, kami berharap konflik antara Israel dan Palestin dapat diselesaikan,” kata bakal raja Arab Saudi kepada The Atlantic. “Kami tidak melihat Israel sebagai musuh, kami melihat mereka sebagai sekutu yang berpotensi, dengan banyak kepentingan yang boleh kami kejar bersama. Tetapi kami perlu menyelesaikan beberapa isu sebelum kami sampai ke sana,” katanya
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Teluk pertama yang menormalkan hubungan dengan Israel di bawah perjanjian normalisasi yang diusahakan oleh AS, “Deal Abraham” pada 2020. Ia diikuti oleh jirannya di Teluk, Bahrain.
Selain membincangkan Israel, putera Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud juga membincangkan tentang Iran. Menurutnya, Kerajaan Arab Saudi dan Iran adalah jiran yang tidak boleh melepaskan diri antara satu sama lain. Penyelesaian kepada masalah kedua-dua negara, katanya, adalah dengan menyelesaikannya dengan bersama.
“[Iran dan Arab Saudi] adalah jiran. Jiran selamanya. Kita tidak boleh menyingkirkan mereka, dan mereka tidak boleh menyingkirkan kita. Jadi adalah lebih baik untuk kita berdua menyelesaikannya dan mencari jalan di mana kita boleh hidup bersama,” kata Putera Mohammed.
Cubaan Mohammed Bin Salman untuk bawa Arab Saudi ke arah lebih terbuka dan liberal. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Liberal
Jutawan Paksa Anak Perempuan Berumur 11 Tahun Kahwini Putera Saudi, Mohamed Bin Salman
Putera Mahkota Saudi Kena ‘Main’, Beli Lukisan Palsu Dipercayai Milik da Vinci Pada Harga RM2 Bilion