Putra Mahkota Mohammed bin Salman dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menormalisasi hubungan di antara Arab Saudi dengan Israel.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Washington pada Selasa malam waktu tempatan.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Netanyahu dengan yakin menyatakan bahawa dia percaya perdamaian antara Israel dan Arab Saudi bukan sahaja mungkin, malah akan berlaku.

mohammed bin salman
Sumber: Sky News

“Saya fikir keamanan antara Israel dan Arab Saudi bukan sahaja mungkin… saya fikir ia akan berlaku.

“Saya berkomitmen untuk mencapainya, Presiden (Trump) juga berkomitmen, dan saya yakin para pemimpin Saudi tertarik.

“Kami akan berusaha keras, dan saya yakin kami akan berhasil,” katanya dalam sidang media bersama Trump di Gedung Putih.

Trump pula menyatakan keyakinannya bahawa lebih banyak negara akan menyertai Perjanjian Abraham, iaitu perjanjian normalisasi hubungan antara Israel dan beberapa negara Muslim seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang ditandatangani pada tahun 2020.

mohammed bin salman
Sumber: Al Jazeera

“Saya benar-benar yakin bahawa banyak negara akan segera bergabung dalam transaksi perdamaian dan pembangunan ekonomi yang luar biasa ini.”

“Ini benar-benar perjanjian pembangunan ekonomi yang besar. Saya fikir akan ada ramai orang yang akan datang dengan cepat,” katanya.

“Malangnya, selama empat tahun, tiada siapa yang mendaftar. Tiada siapa yang buat apa-apa selama empat tahun,” kata Trump.

Ini Jawapan Mohammed Bin Salman

Walau bagaimanapun, Mohammed Bin Salman telah menegaskan bahawa mereka tidak akan menormalisasi hubungan dengan Israel tanpa penyelesaian yang adil untuk isu Palestin.

Kementerian Luar Negeri Arab Saudi menyatakan bahawa Putra Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) telah menegaskan posisi kerajaan dengan jelas.

“Arab Saudi juga menolak segala upaya untuk mengusir warga Palestina dari tanah mereka,” tambah kementerian tersebut seperti yang dilaporkan Reuters.

mohammed bin salman
Sumber: New York Times

Sejak Januari, Trump berkata beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza yang dipersetujui baru-baru ini untuk mengembangkan Perjanjian Abraham.

Israel dan AS di bawah pentadbiran Biden telah lama berusaha untuk memperluaskan perjanjian itu untuk memasukkan negara-negara Arab utama, terutamanya Arab Saudi.

Tetapi usaha itu terhenti dengan meletusnya perang Israel-Hamas di Gaza, dengan Riyadh berkata ia tidak akan mempertimbangkan untuk menormalkan hubungan sehingga Baitulmaqdis komited kepada “jalan yang boleh dipercayai” ke arah negara Palestin.