Beberapa hari lalu netizen naik angin selepas ‘mendapat tahu’ latar belakang seorang wanita Indonesia yang ‘diselamatkan’ oleh personaliti media sosial dan pempengaruh, Ebit Lew.

Pelbagai tohmahan dan kritikan yang dilontarkan netizen selepas mendapati Mondy itu bukan sahaja model tetapi Tiktoker yang agak terkenal di Indonesia memiliki lebih 1 juta pengikut hari ini.

Baca Juga:

Semalam Ebit memberi penjelasan secara tidak langsung menerusi Live TikTok untuk menafikan dia mengatur pertemuan dengan wanita bertatu itu di Indonesia.

@dillahussin

fitnah apa tentang mondy #mondy #ustazebitlew #hidayah #islam #taubat #doa

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Mondy memberitahu dia membuat tatu pada badannya dengan harga yang murah, bukannya mahal seperti anggapan sesetengah pihak. Bahkan, tatu berkenaan dibuat sendiri oleh Mondy.

Tambah Ebit lagi, pendakap gigi yang digunakan oleh Mondy, adalah yang berharga murah.

“Dia ingat braces (pendakap gigi) tu (jenis) yang mahal macam anak saya punya.

“Di Indonesia braces itu, gigi punya itu, yang palsu yang murah,” katanya.

Sumber Gambar: TikTok @dillahussin

Mondy pula menjelaskan pendakap gigi yang dipakainya itu hanya berharga Rp50,000 atau bersamaan kira-kira RM15 sahaja.

“Ini sudah bertahun, bertahan sampai bertahun-tahun,” kata Mondy.

Semasa live itu juga terdapat seorang lagi individu berserban yang turut sama berbual dengan Ebit dan Mondy.

Beliau menasihati kedua-duanya agar banyak bersabar dengan pandangan negatif orang lain yang tidak senang dengan mereka.

“Kita bukan malaikat, kita bukan nabi, kita ni banyak (melakukan) salah. Terserah – tangan kita cuma dua Ustaz Ebit Lew, Mondy ya. Mulut orang berjuta banyaknya, tak mungkin kita dapat tutup mulut semua orang.

“Tutup saja telinga dan terus berjalan sampai jumpa dengan Allah. Terus berjalan, melangkah. Orang yang ikhlas, dipuji tak senang hati, dibuli tak sakit hati. Orang yang ikhlas itu dipuji dia tak terbang, dicaci dia tak tumbang,” katanya.