Adakah anda ketahui lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia? Bagi anda yang tidak tahu, titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di Kampung Paya Siput, Temerloh.
Oleh itu, tidak lama lagi daerah Temerloh bukan sahaja akan terkenal dengan ‘Bandar Ikan Patin’ tetapi bakal menjadi satu tarikan pelancong baharu dengan adanya monumen titik tengah Semenanjung Malaysia yang bakal siap dibina tidak lama lagi.

Berikutan itu, seorang pengguna Facebook Omén Necrofis telah berkongsi sedikit maklumat tentang monumen titik tengah Semenanjung Malaysia. Monumen tersebut terletak di Kampung Paya Siput, Lancang di antara jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.
Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM telah memilih untuk mengambil kira-kiraan matematik sebagai asas penentuan titik tengah tersebut.
Kedudukan di dalam peta boleh dirujuk dengan koordinat:
03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: x 469519.6934 / y 386358.7627
Untuk pengetahuan anda, titik sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan titik tengah telah dialih sedikit (120m arah bearing 020). Jika dilihat, mercu monumen dicondongkan menghala ke arah kiblat dgn pacakan 5 batang buluh mewakili rukun Islam.
Sebelum ini, ada yang beranggapan KM 0 di Kuala Lipis adalah titik tengah SM tetapi yang sebenarnya, mana-mana kiraan jarak perbatuan antara bandar-bandar atau pekan-pekan adalah berdasarkan kedudukan Pejabat Pos.
Anda boleh datang singgah melawat monumen yang dalam fasa akhir pembinaan ini jika ke Temerloh dalam masa terdekat. Tidak tahu mahu ke mana di Pahang? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
https://www.thevocket.com/resort-janda-baik-pahang/
6 ‘Hidden Gems’ Menarik Di Besut, Terengganu Yang Anda Patut Terokai