Sebelum ini tular gambar seorang lelaki warga asing dilihat ‘terduduk’ bersendirian di kaki lima restoran makanan segera di Temerloh sambil memegang kotak bertulis “I can’t go home and have no money. I need a food”. 

Kisah sebenar lelaki tersebut mula menjadi persoalan dalam kalangan netizen selepas gambarnya yang dikongsikan di Facebook oleh Eza Nurbaiti pada semalam telah mendapat lebih 13,000 perkongsian.

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro lelaki tersebut sebenarnya merupakan seorang jurutera dari Rusia yang terperangkap dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas memasuki negara ini pada 17 Mac lalu.

Untuk rekod, fasa pertama PKP bermula pada 18 Mac lalu, sehari selepas beliau dikatakan memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam.

93481320_1512807772225371_3465524478811832320_n

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, pihak mereka bergegas untuk menemubual lelaki tersebut selepas mendapat aduan.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan pada 18 April lalu, dia yang ketika itu berada di Kuantan berusaha untuk pulang segera ke negara asal, namun tiket penerbangannya dibatalkan.

“Dia gagal menghubungi dua rakannya itu dan kemudian menumpang sebuah lori untuk ke Kuala Lumpur, namun diturunkan di Temerloh, semalam,” jelas beliau.

Pihak polis bagaimanapun jelasnya sudah menghantar lelaki tersebut ke hospital bagi menjalani ujian saringan COVID-19 dan telah pun menghubungi pihak kedutaan Rusia bagi tindakan lanjut.

Walaupun negara kita dan seluruh dunia dilanda pandemik ketika ini, namun usaha yang dijalankan oleh petugas-petugas barisan hadapan ini memang diakui sangat cemerlang.

Baca perkongsian lain kami sebelum ini mengapa Malaysia boleh dianggap sebagai salah satu negara terbaik dalam menangani COVID-19 ini.

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Dipilih 3 Terbaik Dunia Kendalikan COVID-19, Dr Noor Hisham ‘Kini Trending’ Di Twitter