Lebih 60 orang maut dan 115 dimasukkan ke hospital selepas penyerang melepaskan tembakan dan menyebabkan letupan di tempat konsert popular di pinggir Moscow, kata pihak berkuasa Rusia.

Sebelum ini pihak kerajaan Amerika Syariakt (AS) bulan ini ada mengeluarkan satu amaran mengenai ‘serangan pengganas terancang’ di ibu negara Rusia itu, lapor The Washington Post.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kumpulan ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) mengaku bertanggungjawab ke atas serangan malam Jumaat, yang merupakan yang paling mengerikan di Rusia dalam beberapa tahun.

Serangan itu menyebabkan kira-kira 140,000 kaki persegi Dewan Bandaraya Crocus di Krasnogorsk terbakar, menurut perkhidmatan kecemasan Rusia.

Seorang pegawai AS, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan untuk membincangkan maklumat sensitif, memberitahu The Washington Post bahawa Amerika Syarikat ‘tidak mempunyai sebab untuk meragui’ dakwaan serangan daripada ISIS itu.

Serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas kemenangan Presiden Rusia Vladimir Putin dalam pilihan raya yang mengukuhkan kuasanya selepas perang Rusia-Ukraine berlarutan masuk ke tahun ketiga.

Sementara itu, maklumat AS mengenai kemungkinan serangan pengganas di Moscow telah diterima oleh Kremlin, sumber perisikan kanan memberitahu media negara Rusia.

Menurut Sky News, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara berkata malam tadi bahawa AS berkongsi maklumat mengenai kemungkinan serangan pengganas di Moscow dengan kerajaan Rusia awal bulan ini.

Bagaimanapun, RIA berkata maklumat AS mengenai amaran serangan pengganas di Moscow itu adalah bersifat umum, tanpa sebarang spesifik — Perkara ini berlaku selepas kedutaan Amerika di Moscow memberi amaran tentang kemungkinan serangan dan memberi amaran kepada rakyatnya untuk mengelakkan berada di mana-mana perhimpunan besar pada 7 Mac lalu.

Dalam kemas kini terbaharu Sky News, angka kematian telah mencecah 93 orang dan dijangka akan terus meningkat.

“Menurut data awal, punca kematian adalah luka akibat ditembak dan keracunan hasil pembakaran.”

Jawatankuasa itu juga berkata bahawa lelaki bersenjata menggunakan ‘cecair mudah terbakar’ untuk membakar dewan konsert ketika orang ramai masih berada di dalam.

“Pemeriksaan balistik, genetik dan cap jari sedang dijalankan.”

Dalam satu kenyataan berasingan, jabatan kesihatan Rusia berkata sekurang-kurangnya empat kanak-kanak berada di hospital.