Pembayaran secara cashless sudah menjadi satu keperluan untuk transaksi seharian. Namun, tidak semua peniaga yang sedia menggunakan medium pembayaran ini kerana merasa leceh.

Oleh itu, Majlis Perbandaran Selangor (MPS) ketika ini sedang merancang meningkatkan penyertaan peniaga pada penggunaan medium cashless tersebut dan kelak bakal memberikan insentif kepada mereka yang mengamalkannya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Malaysia Reserve

Untuk peringkat awal, pihak MPS sudah mengenal pasti kawasan Bandar Baru Selayang selaku lokasi perintis untuk pelaksanaan insiatif ini dan dimaklumkan insentif tersebut akan diberi dalam bentuk wang bagi tujuan meningkatkan motivasi para peniaga.

Usaha ini dilihat sangat bagus kerana majoriti pengguna sudah tidak lagi membawa wang kertas dan lebih selesa menggunakan kaedah pembayaran secara cashless. Ditambah pula dengan penerimaan Google Pay dan Apple Pay sekaligus menambah jumlah pengguna cashless.