Muncul spekulasi bahawa Nabila Razali telah berkahwin secara senyap-senyap apabila dia didapati telah memadam kesemua gambarnya di Instagram dan memuat naik gambar berbentuk kolaj yang memperlihatkan dirinya bersama seorang jejaka memakai pakaian berwarna putih.
Akan tetapi, Nabila tidak mendedahkan wajah lelaki yang dikenali sebagai ‘MK’ itu dan di Instastory miliknya juga, dia memuat naik gambarnya memegang jambangan bunga.
Baca Juga:
- Pekin Ibrahim Kongsi Cerita Mengapa Wataknya Cuma Cakap ‘Ok’ Dalam Rock Oo!
- ‘Saya Bukan Warak’ – Aedy Ashraf Akhirnya Buka Mulut Isu Dakwaan Cium Wanita Di Kelab Malam
- Didakwa Kurus Kerana Sakit, Aishah Tampil Sekolahkan Netizen Mulut Puaka
Tidak hanya itu, terdapat juga yang memaparkan suasana majlis perkahwinan di tepi pantai beserta welcome board tertulis NR (Nabila Razali) dan MK. Menurut laporan, apabila ditanya siapakah lelaki tersebut, Nabila meminta sedikit masa dan memberitahu bahawa dia sedang menjalani penggambaran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila Nabila dikatakan sudah berkahwin dan ada juga yang menganggap penyanyi itu hanya membuat gimik untuk mempromosikan lagu atau drama lagi.
Sekadar makluman, Nabila pernah mendedahkan dirinya masih berasa sakit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih lima tahun lalu.