Pemain muda Palmeiras, Vitor Roque yang dipanggil oleh Ancelotti untuk tugasan kebangsaan, kini berdepan hukuman penggantungan 10 perlawanan.
Alasan penggantungan itu bukan kerana kesalahan dalam padang, sebaliknya kerana kesalahan memuat naik gambar harimau menggigit rusa.
Pemain berusia 20 tahun itu menunjukkan prestasi luar biasa bersama Palmeiras musim ini. Dan dia berada di landasan terbaik untuk menyertai skaud Brazil ke Piala Dunia 2026.
Dia berjaya menjadi penyerang prolifik di Liga Brazil dan Copa Libertadores.
Kini pemain itu berdepan dengan hukuman berat kerana hantaran di media sosial.
Roque yang digelar ‘Tirginho’ telah berkongsi gambar harimau menggigit dan memakan seekor rusa di lehernya. Dan hantaran itu telah dikecam oleh aktivis pelangi.
Vitor Roque segera memadamkan hantaran tersebut. Penyerang itu akan dihadapkan ke tribunal pada 17 November ini – menurut laporan mendia Brazil.
Hantaran itu dianggap ada unsur h**ofobik. Dalam konteks Brazil, baka istilah “rusa” (“ciervo” / “veado”) dalam sesetengah kes boleh digunakan sebagai kata slang yang menghina terhadap golongan songsang di Brazil.
Dan gelaran itu juga seringkali digunakan oleh peminat di Brazil untuk mengejek Sao Paulo sebagai lelaki lembut yang lemah beraksi di atas padang.
Hantaran itu telah mengguris hati puak songsang di Brazil. Dan mereka telah membuat aduan.
Vitor Roque 🇧🇷 risque 𝟭𝟬 𝗠𝗔𝗧𝗖𝗛𝗦 𝗗𝗘 𝗦𝗨𝗦𝗣𝗘𝗡𝗦𝗜𝗢𝗡 pour avoir publié une photo d'un tigre dévorant un cerf après le match Palmeiras – São Paulo. 🇧🇷🐯
Le mot « cerf » est un terme argotique désignant les homosexuels, souvent utilisé comme insulte à l'encontre des… pic.twitter.com/S374ymLJp9
— BeFootball (@_BeFootball) November 14, 2025
Vitor Roque mempertahankan tindakannya memuat naik gambar harimau tersebut. Dan dia tak takut dengan hukuman. Dia menegaskan hantaran itu menggambarkan dirinya sebagai harimau yang memakan mangsanya.
“Saya tak takut dengan hukuman, kerana saya tak nampak apa apa sebab hantaran itu boleh dikenakan tindakan penggantungan. Cukuplah dengan perbincangan ilmiah.
“Saya tidak takut untuk dihukum dan saya serahkan kepada peguam Palmeiras untuk mengendalikan kes ini.”