Umum ramai yang tahu bahawa penggunaan RFID bukan sahaja terhad untuk membayar plaza tol sahaja, bahkan ia juga menyokong beberapa perkara lain yang dapat memudahkan urusan seharian orang ramai.

Seorang pengguna TikTok, @iivanstephanos telah berkongsi baru-baru ini pengalamannya bagaimana dia menggunakan RFID untuk membayar minyak keretanya dengan mudah.

Menerusi video yang dikongsikannya, terdapat satu sensor berada di pam minyak terpilih yang akan mengesan pelekat RFID. Disebelahnya pula, terdapat skrin menunjukkan ‘bulatan hijau’ yang akan bertukar menjadi ‘imej nozel pam minyak’ sebagai tanda kepada pengguna sudah boleh mula mengisi minyak.

@iivanstephanos

Pump petrol with RFID tng ewallet at Shell petrol station.

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@iivanstephanos

Reply to @adamz888

♬ Believer(抖音完整版) – 9馨

Menurut @iivanstephanos, dia telah mencuba kaedah pembayaran RFID tersebut di Shell Taman Connaught. Setakat ini hanya lima stesen minyak sahaja yang menawarkan kaedah pembayaran RFID menerusi aplikasi mudah alih TNG eWallet ini — Shell Mint Hotel, Taman Connaught, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), NKVE Damansara dan Bandar Sri Menjalara.

Bagi yang sentiasa mengumpul mata kad Bonuslink, jangan risau, sebab kad BonusLink boleh dipautkan pada aplikasi TNG eWallet dengan hanya meletakkan nombor kad 16 digit semasa mahu menambah nilai untuk mengisi minyak.

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian pengguna TikTok lain yang sangat kagum betapa mudahnya mengisi minyak dengan menggunakan kaedah pembayaran RFID dan TNG eWallet. Orang ramai berharap agar Shell memperluaskan penggunaan kaedah pembayaran RFID ini di lokasi-lokasi yang lain juga.

Jika anda berada berhampiran dengan ke lima-lima lokasi berkenaan, bolehlah anda mencuba sendiri pengalaman baharu mengisi minyak dengan mudah. Tetapi pastikan anda aktifkan RFID terlebih dahulu dan mempunyai baki TNG eWallet yang cukup sebelum menggunakannya.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk tonton iklan MyDebit yang menunjukkan betapa mudahnya membayar tiket tempat letak kereta tanpa menggunakan tunai.

Santai Dan Mudah Faham, Orang Ramai Puji Iklan Terbaharu MyDebit

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Proses Tambah Nilai Kad Jauh Lebih Mudah, Netizen Mahu Touch ‘n Go Tiru Seperti Indonesia