Sebagai seorang selebriti, pastinya penampilan diri menjadi perhatian ramai. Pelakon Arash Mohamad masih lagi kelihatan muda walaupun umurnya sudah mencecah 55 tahun.

Susulan itu, muncul dakwaan bahawa Arash telah mengambil suntikan botoks untuk kelihatan awet muda tetapi dakwaan tersebut dinafikan olehnya.

Baca Juga:

Menerusi laporan, dia mengatakan dirinya tidak mungkin melakukan rawatan tersebut kerana sangat dia takut kepada jarum suntikan.

“Realitinya, saya manusia paling takut dengan jarum, jadi macam mana nak suntik botoks? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, cuma amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berasa stres.

“Apabila umur sudah mencecah 40-an dahulu, saya mula jaga pemakanan dan kesihatan badan tetapi tidaklah terlalu bersungguh-sungguh sehingga perlu kira kalori dan berpuasa.

“Lagipun dahulu memang saya aktif berbasikal dan tidak mengambil sebarang makanan segera. Nasib baik sekarang musim boikot, memang saya tidak jejak langsung restoran berkaitan.” ujar Arash.

Tambahnya, dia bersyukur dan terima kasih kepada netizen kerana masih mengambil berat tentang penampilan dan kehadirannya dalam industri.

Di samping itu, Arash menegaskan bahawa awet muda atau tidak itu hanyalah pandangan luaran, hakikatnya kesihatan dan cergas tubuh badan pada usia yang bakal mencecah garis 50-an adalah sangat penting .