Jika anda berada di Facebook beberapa hari kebelakangan ini, besar kemungkinan akan terlintas di timeline anda mengenai individu bernama PrinceMeed dan rawatan Islam yang diterimanya.

Mungkin ada yang mencuba untuk menonton dengan lebih lanjut atau ada juga yang mungkin membiarkannya berlalu sahaja.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Tetapi buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, PrinceMeed adalah merupakan seorang YouTuber Malaysia dan mempunyai hampir sejuta subscriber di salurannya PrinceMeed LIVE!, atau lebih tepat lagi seramai 885,000 subscribers.

meed
PRincemeed

“Beliau mempunyai hampir sejuta pengikut dan apa masalahnya?” anda mungkin bertanya.

Untuk konteks, nama PrinceMeed mula menjadi bualan di media sosial sejak beberapa minggu ini kerana telah menerima gangguan daripada entiti misteri ketika berada di rumahnya dan juga di luar rumah.

Gangguan daripada kotak misteri?

Tambah menyeramkan, beliau difahamkan mula menerima gangguan berkenaan selepas membeli dan membuat proses unboxing (nyah kotak) sebuah bungkusan misteri yang dibeli daripada luar negara pada tahun lalu.

“Aku ingat satu benda, aku ingat apa yang aku beli dekat eBay dulu. Aku ingat beli sesuatu lepastu aku punya apartment macam ada hal la lepas tu.

“Ada kesan dekat dinding dalam masa semalaman.

11
Kesan berwarna kehijauan yang muncul di dinding rumahnya.

“Juga guys dalam masa semalaman itu aku tak tahu macamana dia berlaku tapi aku menangis sekejap dan aku sangat takut,” kongsinya dalam video pertama yang menceritakan mengenai siri kejadian berkenaan berlaku kepadanya.

Kotak yang dibeli oleh PrinceMeed pada tahun lalu di eBay itu dikenali sebagai kota dybbuk dan sentiasa dikaitkan dengan aktiviti paranormal. Ianya adalah merupakan sebuah kotak penyimpanan arak dan berkait dengan cerita dongeng bangsa Yahudi.

dybbuk
Kotak Misteri Dybbuk Yang dibeli PrinceMeed tahun lalu.

Dipendekkan cerita, PrinceMeed telah membeli kotak berkenaan, membuat unboxing , berkongsikan pengalamannya dan telah membuang kotak tersebut di sebuah kawasan yang terletak di Karak.

Untuk rekod, PrinceMeed telah membeli dan membuat unboxing kotak dybbuk tersebut dan memuat naik video mengenainya pada September 2019 .

Secara logiknya, tiada apa-apa yang buruk sepatutnya berlaku kerana ia telah dibuang bukan?

Malangnya tanggapan anda sedikit salah jika menganggap beliau sudah tidak lagi menerima gangguan susulan daripada pembelian kotak berkenaan.

Menerusi dua video yang dimuat naik pada Disember tahun ini Prince Meed berceritakan bagaimana beliau melalui pengalaman diganggu entiti misteri ini di sini, di sini dan juga di sini.

Bukan sahaja menceritakan dengan terperinci bagaimana gangguan yang pasti membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri namun dia juga mendedahkan telah berpindah rumah sebelum ini untuk mengelakkan perkara berkenaan berlaku.

Anda mungkin boleh mengambil kata-kata kami mengenai bulu roma yang meremang apabila melihat video-video ini atau anda boleh menontonnya sendiri melalui pautan-pautan di atas.

Buat anda yang masih belum merasai keseraman dengan kisah gangguan ini, mungkin bahagian seterusnya ini boleh mengubah pandangan anda mengenai gangguan yang dialami PrinceMeed ini.

Buang makhluk halus dari rumah

Kisah PrinceMeed yang dikatakan diganggu ini menjadi semakin hangat apabila beliau (atau rumahnya) yang dikatakan diganggu itu menerima rawatan secara Islam oleh sekumpulan pengamal perubatan berkenaan dan disiarkan secara langsung di Facebook.

Tengah malam semalam, perawat dari Pusat Rawatan Al Idrus telah ke rumah Meed untuk ‘bersemuka’ dengan entiti yang selama ini menghantui hidup Meed.

Selepas mendapat keizinan, Ustaz Shafiq dan perawat yang lain mula bersemuka dengan entiti tersebut.

Aktiviti menghalau entiti ini dibuat secara live semalam dan sekiranya anda tidak lemah semangat, boleh tonton video ini kembali.

Menurut Ustaz Shafiq, entiti yang selama ini menghantui kehidupan Meed merupakan jin yang mengganggu manusia yang beriman dengan Allah.

“Allah ciptakan Jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Allah turunkan pula Al-Quran sebagai Syifa kepada orang yang beriman,” pesan Ustaz Shafiz sebelum bermula.

Siaran yang dibuat ini menurut Ustaz Shafiq adalah sebagai pengajaran buat semua supaya tidak menduakan Allah dan jangan langsung terlibat dalam perbuatan menyekutukan Allah.

Tidak sampai 5 minit bersiaran, murid Ustaz Shafiq, Abu mula menjadi hos (perantara) kepada jin yang menggangu Meed selama ini.

“Dalam banyak-banyak jin sebelum ini, ini first time hilang mata hitam abu. tinggal mata putih sahaja,” kata Ustaz Shafiq.

Jin ini juga tidak berinteraksi dengan Ustaz Shafiq dalam Bahasa Melayu. “Menurut pengalaman perubatan, apabila kita terambil sesuatu, kita dah akad barang tu contoh macam keris lama atau barang lama, kita sudah jadi tuan dia. Cara untuk buang benda ini adalah tuan dan jin perlu buat ikrar pemutus,” terang Ustaz Shafiq.

“Yang ustaz nak cakap, benda ini bukan biasa-biasa dan dia (jin) bukan dari Malaysia. Kamu sendiri dah tengok ini semua bukan lakonan. Boleh tengok video-video kami yang lepas,” tambah Ustaz ketika sudah selesai.

Selepas selesai perihal jin, Ustaz Syafiq kemudiannya berkata seandainya ada saka yang menjaga keluarga Meed, boleh munculkan diri.

Dan pada minit 26:00, saka Meed pula ‘muncul’ dalam badan Abu. ‘Saka’ Meed mula berinteraksi menerusi Abu dan berkata ‘dia’ berkata ada 3 jin yang menggangu Meed sebelum ini dan yang paling kuat sudah terlepas.

“Setiap perkara yang keluar daripada mulut jin in tak boleh percaya 100%. Sebab itu kita akan tanya semula dekat tuan badan,” kata Ustaz.

Penutupnya, ustaz menerusi Abu mengeluarkan jin yang ketiga daripada rumah Meed. Dan menurut Ustaz, semua jin dari rumah Meed ini adalah jenis yang baharu dan tidak pernah berdepan sebelum ini.

Ustaz Syafiq juga menasihatkan kita supaya sentiasa berselawat dan berpegang kepada Allah yang satu. Beliau menambah agar perkara ini menjadi pengajaran buat semua dan menjadikan kejadian Meed ini sebagai iktibar; jangan ambil benda lama/sihir tanpa tahu sejarah sesuatu benda itu.

Mengulas mengenai video rawatan di rumah Meed mendapat tontonan yang sangat tinggi, Ustaz Shafiq menjelaskan perkara berkenaan juga di luar jangkaannya.

Malah, selepas selesai menjalankan rawatan berkenaan beliau menerima pelbagai mesej peribadi untuk merawat sehinggakan telefon pintar beliau tidak dapat menampung jumlah panggilan dan mesej yang masuk.

Beliau bagaimanapun menjelaskan akan cuba memenuhi permintaan dari orang ramai berhubung perkara berkenaan tetapi pesannya adalah orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat apa-apa konten di YouTube kerana ia mungkin akan memakan diri di kemudian hari.

Anda boleh menonton perkongsian penuh daripada Ustaz Syafiq melalui halaman rasmi Pusat Rawatan Al-Idrus di sini.

Baca juga perkongsian kami mengenai senarai YouTuber paling popular di Malaysia untuk tahun ini melalui pautan bawah. 

Isa Isarb Muncul Sebagai YouTuber Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2020

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google