Bekas pemain Marseille, Amir Murillo mendedahkan hubungannya dengan ketua jurulatih ketika itu, Roberto De Zerbi, menjadi punca utama dia meninggalkan kelab.
Sekaligus menafikan bahawa dia berpindah kerana wang. Murillo mengakui memang berlaku masalah antara dirinya dengan De Zerbi, namun menegaskan konflik tersebut langsung tidak berkaitan dengan Marseille sebagai kelab atau rakan sepasukannya.
Murillo menyatakan bahawa dia sangat selesa berada di Marseille, sehinggalah De Zerbi tiba tiba melayannya dengan sangat teruk.
Menurut pemain Panama itu, isu berkenaan lebih kepada perkara peribadi yang berpunca daripada De Zerbi sehingga dia merasakan dirinya tidak dihormati.
Kemudian Murillo menegaskan bahawa konflik itu membuatkan dia dipaksa untuk meninggalkan Marseille.
“Semua orang nampak bahawa saya ada masalah dengan jurulatih. Ia tiada kaitan dengan kelab atau pasukan.
“Saya rasa ia hanya sesuatu yang bersifat peribadi daripada pihak jurulatih. Dalam satu keadaan, saya merasakan ia sebagai satu bentuk kurang hormat.
“Mereka secara praktikalnya memaksa saya untuk meninggalkan kelab,” katanya.
Murillo sebelum ini menjadi sebahagian daripada skuad Marseille dan berada di bawah kendalian De Zerbi.
Hubungan yang tidak lagi berjalan baik akhirnya menyumbang kepada keputusan Murillo untuk meninggalkan kelab tersebut.
Kenyataan itu memberikan gambaran bahawa pemergiannya bukan semata mata disebabkan faktor bola sepak, sebaliknya turut dipengaruhi hubungan peribadi dengan jurulatih.