Ini merupakan post terakhir Vocket Makan untuk review bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa ini sebab lepas ni kami nak raya!
Untuk post kali ini kami nak bawakan anda ke bazar Ramadhan di Seksyen 17 Petaling Jaya. Bazar ini berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kawasan ini juga sebenarnya merupakan tapak pasar malam pada setiap hari Selasa. Disebabkan kawasan ini berhampiran dengan pusat pendidikan, memang ramai student yang datang ke bazar ni.
BACA: Menu Istimewa Roti Jala Kuah Serawa Durian Dan Air Katira Madu Di Bazar Ramadhan Batu Pahat
Menu menarik yang kami terjumpa di bazar ini adalah Murtabak Cinta. Amacam?. Nama makanan pun boleh jadi seromatik begini. Kenapa diberi nama Murtabak Cinta? Kerana acuan untuk penyediaannya berbentuk cinta. Sweet sangat.
Mudah sahaja penyediaannya. Masukkan mi segera ke dalam acuan dan bakar di atas kuali leper, kacaukan telur dan isikan hirisan ayam ataupun daging kemudian tuang ke dalam acuan berisi mi segera tadi. Tunggu sehingga masak dan siap! Tapi bila da siap tu hilang sedikit bentuk cintanya.
Satu murtabak cinta ini berharga RM3.00. Kami beli satu perasa ayam dan satu perasa daging.
BACA: Nikmati Keenakan Murtabak Goreng Dan Kuih Bakar Asli Melaka Bazar Ramadhan Bandar Sri Permaisuri
Tak cukup dengan satu menu, kami pergi ke gerai lain pula. Kali ini kami tertarik untuk menikmati nasi kukus ayam dara goreng berempah. Puasa-puasa ni melihat ayamg goreng yang panas dan besar ini memang menggugat iman.
Lauk nasi kukus ini terdiri daripada nasi kukus, ayam dara goreng berempah, kuah kari, timun dan sambal belacan. kami beli dua bungkus. Satu bungkus berharga RM5.00.
Tiba waktu berbuka, kami nikmati dua juadah ini.
Untuk murtabak cinta, kami tidak nafikan, rasanya tidak berapa lari sangat daripada rasa murtabak biasa. Di atas lapisan murtabak ini disapu dengan sos dan mayonis. Sedap dan enak kerana mi segera itu sendiri berasa lemak. Dicampur pula dengan rasa ayam dan daging, bertambah ummphnya. Cuma masa makan tu mungkin ada rasa pelik sedikit sebab biasa makan murtabak dari tepung yang ditebar, tapi kali ini makan dengan mi segera pula.
Untuk nasi kukus ayam dara goreng berempah ini pula, portion nasi memang banyak, kita boleh pilih nak ambil bahagian ayam yang mana kita suka dan kesemuanya besar belaka. Rasa ayam penuh dengan rempah. Kuah kari dan sambal belacan menambah rasa sedap menikmati nasi kukus ini.
Itu sahaja menu makanan berbuka yang kami ingin kongsikan kepada anda kali ini. Sekiranya berminat untuk dapatkan menu ini, bolehlah singgah bazar Ramadhan Seksyen 17 Petaling Jaya (waze).
Dengan ini, kami dari Tim Vocket Makan ingin memohon maaf zahir dan batin kepada anda semua sekiranya terdapat kekurangan dari pihak kami menyampaikan info. Kami ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin serta berhati-hati pulang ke kampung ya.
BACA: VIP Roti John Dan Air Kelapa Nipah Bazar Ramadhan Bandar Tun Hussein Onn Pasti Buat Anda Kecur Lidah
BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia
Sumber Featured Image: The Daily Star