Manchester United terus mengalami nasib malang selepas salah seorang pemain pertahanan pasukan, Lisandro Martínez disahkan berehat panjang selepas mengalami kecederaan lutut yang serius.
Martinez mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligaments (ACL) ketika pasukannya tewas kepada Crystal Palace dengan keputusan 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Baca Juga:
- ‘Ini Skuad Paling Teruk Dalam Sejarah Kelab’ – Ruben Amorim
- Amorim Akui Kedudukannya Dalam Bahaya, Janji Perbaiki Prestasi Manchester United
- Selepas Kalah 0-3, Sidang Media Amorim Terganggu Kerana Bumbung Bocor
Pemain kelahiran Argentina ini tergelincir ketika cuba mengejar pemain sayap Palace yang menyebabkan lututnya mengalami kecederaan sekaligus bakal berehat panjang.
🚨⚠️ Lisandro Martínez has torn his ACL and his season is now over, reports TyC Sports. pic.twitter.com/ydpDIPQRJp
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 3, 2025
Rekod Kecederaan Lisandro Martínez Bersama United
Ia akan menjadi satu lagi kecederaan untuk Martínez sejak tiba dari Ajax pada musim panas 2022. Dia mengalami patah tulang metatarsal pada April 2023 yang menamatkan musim pertamanya di Old Trafford.
Selepas membuat kemunculan semula pada permulaan kempen 2023-24, masalah kecederaan yang berulang menyebabkan pemain berusia 27 tahun itu diketepikan antara September 2023 dan Januari 2024.
Lisandro Martinez terlepas 42 perlawanan dalam semua pertandingan akibat pelbagai kecederaan musim lalu, dengan bekas pengurus Erik ten Hag menyifatkan ketiadaan bek tengahnya sebagai “bencana peribadi”. Nampaknya bekas pemain Ajax itu menghadapi krisis yang lebih serius musim ini.
Walaupun pemulihan daripada kecederaan ligamen boleh berbeza-beza, pemain jarang kembali beraksi dalam tempoh sembilan bulan dan boleh mengambil masa sehingga setahun – jika tidak lebih lama – untuk mendapatkan semula kecergasan sepenuhnya.
Tambahan pula, kajian telah menunjukkan bahawa seorang pemain boleh menjadi lima kali lebih berkemungkinan untuk mengalami kecederaan ACL jika telah merosakkan ligamen tersebut.
United menandatangani dua pemain pertahanan ketika jendela perpindahan musim sejuk iaitu Ayden Heaven dan Patrick Dorgu. Walaupun ketibaan terakhir dari Lecce dijangka menawarkan pilihan semula jadi sebagai bek sayap kiri, Heaven boleh masuk ke bahagian kiri formasi tiga bek pilihan Amorim.
United ketika ini bergelut dalam saingan EPL dimana mereka menduduki tangga ke-13 dalam carta liga.