Indonesia antara negara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti kerana mudah untuk mencari makanan halal selain memiliki banyak destinasi menarik.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @dalephilipvlogs telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya membeli makanan ketika berkunjung ke Indonesia.

Baca Juga:

@dalephilipvlogs

Pork Meatballs in Bandung, Indonesia 🇮🇩 I visited the Sudirman Street Day and Night Market in Bandung. There’s a lot of non-halal food available here, including pork meatballs (Bakso Babi) and pork satay (Sate Babi.) #Indonesia #Bandung #Travel #TravelAdvice #SoloTravel #BudgetTravel #StreetFood #IndonesianFood

♬ original sound – Dale Philip – Dale Philip

Menerusi video tersebut, dia membeli bakso babi dan apa yang mengejutkan adalah peniaganya memakai tudung serta dipercayai beragama Islam.

Perkongsian video terbabit telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia dan rata-rata netizen berasa pelik kerana peniaga beragama Islam menjual makanan berasaskan babi.

Malah, segelintir netizen mengatakan ianya perkara biasa dan banyak makanan lain seperti ular turut dijual oleh orang Islam.

Akan tetapi, perkongsian video itu menzahirkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan para netizen menasihati orang ramai yang mahu bercuti ke Indonesia untuk berhati-hati membeli makanan walaupun negara mereka banyak orang beragama Islam.