Seorang pengguna Threads menzahirkan rasa bimbangnya kepada ramai netizen yang bangga berkongsi mereka makan street food di Myeongdong.
Street food di Myeongdong antara yang menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Korea Selatan.
Ini termasuk pelancong dari Malaysia yang beragama Islam. Di mana semakin ramai yang berkongsi pengalaman merasai food street di Myeongdong, ketika berkunjung ke negara tersebut..
Namun menurut Fara, kawasan tersebut rata rata menjual makanan tidak halal terutama makanan berasaskan khinzir.

Dia berkata: “Sebenarnya , Fara takut tengok orang muslim makan macam-macam di Myeongdong tu. Dalam masa yang sama, Fara juga takut nak tegur.
“Jadi mungkin dengan posting ni akan membantu orang yang mencari penerangan yang lebih jelas.
“Disclaimer: Fara bukanlah ustazah. Tapi ada sedikit ilmu dan pengalaman dalam bidang halal ni. Tak payah jadi ustazah dulu kalau nak berbuat baik kan?”

Dia menambah: “Sebenarnya ada je pilihan restoran yang Halal di Korea. Tapi kalau korang nak cuba makan kat restoran yang ownernya Korean ni kadangkala perlu faham juga style diorang.
“Restoran yang Halal selalunya diorang dah biasa juga dengan orang Malaysia. So korang tak yah risau nak order apa, ada je english menu.”
Ramai yang setuju dengan perkongsian wanita itu. Ada yang mendakwa, mereka pernah lalu di kawasan street food tersebut, memang aromanya sangat ‘menggoda’. Namun mereka memilih untuk tidak makan di situ, kerana bimbang tentang makanan di situ tidak halal.