Sufian Suhaimi hari ini telah menghadiahkan muzik video single terbaharunya kepada para peminat. Muzik video yang baru sahaja dilancarkan 5 jam yang lepas kini mencatatkan lebih 300,000 tontonan dan lebih 53,000 like.

Para peminat yang begitu mendalami lirik dan mengahyati suara penyanyi ini yang mendayu-dayu terus membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan sokongan. Tidak ketinggalan peminat yang menunjukkan simpati pada ruangan komen memandangkan hari ini sepatutnya pernikahan antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy berlansung.

Namun menurut Sufian sendiri lagu ini diciptakan sejak setahun yang lalu diinspirasikan daripada kisah yang terjadi kepada rakan-rakannya dan hanya kebetulan sedikit sebanyak bait-bait lagu tersebut berkait dengan kisah hidupnya. Tambahnya apa yang terjadi dalam lembaran kisah hidupnya kali ini mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri buatnya.