Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan penyanyi dan pelakon, Sufian Suhaimi, 31, didakwa sudah merisik wanita pilihannya pada satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga.

Namun begitu, video yang tular itu telah mendapat perhatian seorang netizen yang mendakwa abang kepada bakal isteri Sufian telah berhutang dengannya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: X @boyflow15

Menerusi satu perkongsian di X namun sudah dipadam, individu tersebut mendakwa bahawa beliau sudah penat menagih hutang pada abang wanita tersebut sesudah tiga tahun tidak melangsaikannya.

Beliau meminta lelaki terbabit menyuruh Sufian menjelaskan hutang berjumlah RM12,000 memandangkan bakal menjadi adik ipar.

Namun Sufian tampil menjelaskan kebenaran menerusi akaun X yang mana mengatakan bahawa bakal isterinya itu tidak memiliki abang.

Malah katanya lagi, jikalau benar sekalipun bakal isterinya ada abang, mengapa pula bakal adik ipar perlu membayar hutang tersebut. Dalam masa yang sama, netizen turut menyokong kenyataan artis itu di samping berpendapat duit berkenaan boleh digunakan untuk perkara lain.