Kecoh sejak pagi tadi apabila Caprice memaklumkan tweet yang baru sahaja dimuat naik Twitter MYDIN merujuk kepada beliau. Beliau yang berang dengan situasi yang berlaku turut menuntut MYDIN menurunkan tweet tersebut serta membuat video permohonan maaf. Sekiranya ingkar, saman bernilai RM30 juta akan dilakukan pihak beliau.

Situasi tegang yang tercetus melibatkan Caprice atau turut dikenali sebagai Tiger of AlQuds turut mendapat respon Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin. Sumber: The Star

“Kami  tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa?”, respon Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

Dilaporkan pihak mereka tidak membuat sebarang kesalahan dalam mana-mana ciapan dan hantaran yang dimuat naik sekaligus menepis dakwaan sengaja perli atau menghina individu tersebut.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

Sumber: Instagram capricedaddycap

Tebaharu, Caprice menerusi Insta Stories beliau turut tampil dengan inisiatif membelanjakan barangan keperluan dapur di mana orang ramai berpeluang memilih cawangan MYDIN terdiri daripada Subang Jaya, Bukit Jelutung dan Batu Caves.

Inisiatif Caprice turut disambut baik oleh Ameer Ali yang memaklumkan sekiranya Caprice mahu membuat kerja amal dengan membelanjakan barangan keperluan buat rakyat Malaysia, MYDIN mahu turut serta dengan menawarkan 1 kilogram paket gula.

Sumber: Instagram capricedaddycap

Meskipun dikecam serta menerima pelbagai respon di kalangan netizen, Caprice memaklumkan dirinya kekal tenang sekaligus menepis dakwaan beliau ‘koyak’ dengan tweet daripada pihak MYDIN.

Sumber