Lewis Skelly false fullback yang menonjolkan keupayaannya bersama Arsenal.

Myles Lewis Skelly terus cemerlang menggunakan kesempatan yang dia ada.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Arsenal berdepan dengan krisis kecederaan di bahagian pertahanan kiri. Beberapa pemain seperti Calafiori, Zinchenko, Kiwior ataupun Jurrien Timber kerap disisihkan kerana kecergasan atau kecederaan.

Ianya membuatkan Arteta memberikan kepercayaan kepada Myles  Lewis Skelly untuk debut.

Lewis skelly false fullback arenal

Dan sejak melakukan debut pemain itu terus cemerlang di bawah sistem permainan Arteta.

Satu perkara yang menarik tentang Lewis Skelly adalah kemampuan dia bermain sebagai false fullback.

Apa itu false fullback?

Ianya adalah peranan yang kerap digunakan Guardiola sejak era di Bayern Munich dan kemudian di Man City sendiri.

Pemain bek sisi akan dimasukkan ke dalam unit pemain tengah berbanding dengan sistem bek sisi nak ke atas menggantikan penyerang sayap.

Lihat posisi Cancelo dan Walker di sini:

ff

Ini antara alasan Arteta mahukan Zinchenko ketika dia awal mengendalikan Arsenal. Kerana pemain itu  sangat faham sistem false fullback ini.

Lewis Skelly False Fullback Arsenal

Tetapi Zinchenko bukan lagi berada  di kemuncak prestasinya. Jadi, beberapa pemain mengambil alih posisi bek kiri. Cuma peranan mereka tidak terlalu kompleks.

Berbanding dengan Lewis Skelly, pemain ini benar benar memainkan peranan sebagai false fullback.

Dia masuk ke dalam bahagian dalam organisasi untuk menjadi pemain tengah pada fasa ultra offensive.

skelly

Catatan peta haba Lewis Skelly sangat seimbang  antara bahagian sisi dan tengah.

heatmap

Walaupun dia tidak  bermain peranan itu sepenuh 90 minit, memandangkan lawan mereka adalah Man City dan dia perlu fokus kepada basic positioning sebagai bek sisi.

Lewis Skelly false fullback yang beradaptasi dengan beberapa sistem dalam permainan di atas padang. Dia diberikan kebebasan  untuk mengekspresikan gaya permainannya di dalam sistem Arsenal.

Namun ketika dia mendapat gol dalam perlawanan ini, lihat di mana kedudukannya, ketika fasa serangan Arsenal. Dia sebahagian daripada pemain tengah Arsenal.

false fullback

Rumusan

Dengan keupayaan Myles Lewis Skelly membaca dan memhami taktikal kompleks ini pada usianya yang sangat muda, dia kini memberikan isyarat jelas bahawa, dia  sedang serius dalam audition untuk menjadi pemain kesebelasan utama.

Arteta sebelum ini dilaporkan sedia melepaskan pemain seperti Zinchenko dan Kiwior, apatah lagi Kieran Tierney. Jadi kedudukan di bek kiri benar bena menjanjikan peluang terbaik untuk Lewis Skelly.

Pemain seperti Calafiori pastinya sedar bahawa pemain remaja Arsenal itu adalah pemain yang untuk dikalahkan mereka untuk merebut kedudukan dalam kesebelasan utama selepas ini.

Adakah Lewis Skelly false fullback yang akan terus berkembang menjadi pemain elit? Ianya pasti perkara yang dimahukan Arteta terutama sekali usia pemain itu sangat muda.

Selain itu ia bergantung kepada Arteta. Jika Arteta tidak buat kepala  kembali ke sistem yang sangat pragmatik, Lewis Skelly akan lebih hidup dengan sistem lebih berani dan ofensif.

Baca juga analisis lain:

Menjelaskan Kenapa VAR Tidak Membatalkan Gol Arsenal Walaupun Mendapat Sepakan Penjuru Tak Sewajarnya