Mula-mula aku isi borang nak jadi misi di SPA8 aku ni ikut kawan-kawan sahaja. Kesudahannya kawan yang beria-ia nak jadi misi tak ada rezeki, aku pula yang dapat tawaran. Punye degil tak nak jadi misi, pergi interview aku pakai selipar. Dalam bilik interview diorang cuma tanya aku tolong sebut jantung dalam Bahasa Inggeris. Dalam hati aku, tu je dia tanya.??
Sebulan selepas itu dapat surat ‘Utusan Seri Paduka Baginda’.
Tajuk dia ‘Tawaran Mengikuti Latihan Separa Perubatan Jururawat Terlatih U29’. Air mata menitik bukan sebab gembira tapi sebab tak sempat sorok surat. Kantoi dengan ayah aku di mana nak tak nak aku kena pergi latihan ini. Boleh bayang tak aku yang degil, gengster kuat bergaduh ini kena jadi misi.
Minggu pertama masuk kolej aku dah menangis sebab aku tak reti lukis gambar tulang. Off cozlah aku budak akaun, tu pun akaun aku cukup makan ni aku kena belajar anatomi manusia pula.. alahai.
Dalam minat tak minat 3 tahun tu berjalan dengan lancar aku lulus exam dengan berjaya. Serius aku sendiri pun tak sangka.
Bila dah masuk kerja baru aku faham kerja jururawat tu bukan sekadar jaga pesakit je, memang lain sangat daripada zaman aku student.
So aku diagnoskan kerjaya aku sebagai ‘JURURAWAT TERLETIH U29’. Sebab apa aku cakap macam ini – semua kerja atas kepala, bahu, tangan dan kaki kau. Mata kau pula kene ada depan belakang kiri dan kanan.
Allah akan bagi kau macam-macam jenis pesakit. Ada yang menghiburkan hati, ada yang menyakitkan hati, ada yang boleh buat kau tersentuh hati. Aku ingat lagi kalau dapat jaga budak-budak muda, dalam kita tengah-tengah sibuk diorang panggil, “Misi, misi, nak air.”
Kita tengah sibuk pun berhenti, pandang dia, “nak air apa?”. Dia pun selamba jawab, “I LOVE U misi,” sambil gelak terkekek-kekek, aku pun selamba juga jawab, “Jaga kau aku cucuk pakai jarum besar.”
Bila kau jadi misi saham memang tinggi jodoh datang bertalu-talu. Makcik pakcik semua berkenan nak buat kau menantu. Kadang-kadang 10 kali sedara yang sama datang tanya condition pesakit. Rupa-rupanya nak usha nama kat nametag. Lepas tu berjaya pulak dapat nombor telefon misi.
Tapi misi macam ni la bila dah busy sampai lupa nak senyum. Kadang-kadang misi tengah stress sebab tengah tahan kencing.
Bila kau jadi misi kau kena jadi derwaman.
Sebab bila kita dapat pesakit yang tak ada saudara, doktor mintak diorang puasa untuk operation sampai tengah malam, operation cancel. Pesakit pun terkebil-kebil tak ada apa nak mkn. Misi mesti takkan smpai hati tengok.
Keluarkan duit suruh PPK beli nasi goreng dan milo ais sebungkus bagi pada pesakit. Bila tengok dia makan, tidur lena baru misi senang hati. Tapi misi diam je tak bagitau sesiapa. Esok pagi-pagi bila sedara sampai misi orang pertama kena sembur pasal apa operation boleh cancel ? Misi diam lagi sebab apa sebab bila menjawab misi terus kena cop kurang ajar.
Misi orang yang selalu ada saat-saat pesakit nak hembuskan nafas yang terakhir. Misi orang yang ajar mengucap, Kadang-kadang misi pun mengalir airmata bila tak dapat selamatkan pesakit, tapi bila ayah sendiri meninggal misi tak ada di sisi. Misi sedih tapi misi tahu ayah mesti bangga anak dia jadi misi yang selalu tolong orang setiap masa.
Time raya misi selalu jadi orang yang menjeruk rasa.
Pagi raya datang kerja dengan hati sebak bila dengar takbir raya. Seminggu lepas raya baru dapat jejak kaki di kampung. Tapi takpe misi faham memang ini pengorbanan dia. Nak bergaduh suami isteri nak balik beraya kat mane pun misi tak sempat. Kalau dapat cuti raya terkejar ke sana ke mari sebab katanya cuti tak boleh lebih daripada 5 hari. Misi pendam dalam sabar.
Anak-anak membesar dan sayang pengasuh je sebab lepas habis kerja misi kena attend CME. Balik kerja pun bukan bole tepat pada waktu walaupun misi datang kerja awal waktu. Sebab tu kadang-kadang org luar tengok misi gomen ni semua garang macam singa sebab ramai yang dah hilang seri tak manis macam gula sebab misi dah sarat beban tak tergalas lagi. Misi hanya fikir untuk kerja seperti robot untuk puaskan hati semua orang tanpa pedulikan hati sendiri. Misi tak kisah kalau sakit.. misi kan misi.
Misi ni bagi aku orang yang paling kuat semangat dan boleh tahan maki serta boleh tahan pekak. Katalah apa pun muka misi tetap seposen macam tu sebab kami jururawat terletih, itu yang dah tak terdaya dan tiada pilihan kerjaya. Kami boleh kutip pahala dan dosa sekelip mata dan ini punca rezeki kami. Walau macam mana pun layanan yang kami terima tetapi KAMI SEDIA MEMBANTU.
Aku bangga jadi jururawat sebab tak semua orang boleh jadi macam aku.
Boleh buat pekerjaan aku. Boleh cuci najis orang yang tak ada pertalian darah dengan aku. Kalau kau rasa kerja aku kotor kau silap. Sebenarnya hati kau yang kotor. Kalau kau datang hospital semata-mata nak cari salah jururawat kau fikirlah masak-masak suatu hari nanti kau tak akan menyusahkan kami semua saat terlantar tidak dapat berbuat apa-apa.
Sebelum datang ke Saudi aku juga misi kerajaan jadi hati aku pedih kalau ada yg berkata tidak baik pada mereka. Kerana aku pernah merasa apa yang mereka lalui. Mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna sama juga seperti kamu yang diperbuat daripada tanah dan akan kembali kepada Maha Pencipta.
Aku selalu pesan pada diri kurangkan angkuh dan mendongak langit kerana satu masa nanti kita tidak tahu siapa yang sudi menolong kita.
Ayah pilihan mu untuk aku jadi JURURAWAT baru aku tahu. Kau mahu aku jadi insan yang selalu bersyukur atas segala-segala, yang punya insan atas sesama makhluk, yang mendidik rasa sabar aku dan boleh bangkit berkali-kali bila jatuh dan yang selalu ingatkan aku pada kematian.
BACA: Jawapan Padu Jururawat Buat Anak Pesakit Ini Terkesima Dan Diam