Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang jururawat warganegara Malaysia yang bekerja di sebuah hospital di Singapura teruja kini boleh kembali ke tanahair.
Menerusi perkongsian Tracy, beliau sudah 2 tahun tersangkut di Singapura tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan pandemik COVID-19. Tidak dapat menahan air mata ketika berada dalam kapal terbang, Tracy akui bukan mudah menjadi barisan hadapan dan kini beliau sedang menjalani tempoh kuarantin selepas selamat mendarat di lapangan terbang Miri, Sarawak.
Would like to thank all Malaysians who got vaccinated! Because of you, I got to go home ❤️ pic.twitter.com/bIbocM3GO9
— cupofTJ ☕️ (@trcyjntm) November 1, 2021
Video tersebut mendapat perhatian ramai terutama sekali rakyat Malaysia dan Singapura. Menerusi video tersebut, dapat dilihat para netizen mengucapkan selamat kembali kepadanya dan mengucapkan terima kasih atas pengorbanannya sepanjang pandemik.
Akan tetapi, Tracy turut berkongsi beberapa komen negatif yang diterimanya dilontarkan oleh segelintir rakyat Singapura. Dapat dilihat, segelintir rakyat Singapura menyindirnya kerana bekerja di sana dan mendakwa dirinya hanya bekerja untuk mendapatkan wang yang banyak.
the reason why i always use my msian simcard in SG is because i dont want my tiktok audiences to be from SG region. because SG audiences would always say these type of shits to me pic.twitter.com/MOedaEAXTs
— cupofTJ ☕️ (@trcyjntm) November 2, 2021
Tracy mengatakan antara sebab dirinya menggunakan kad sim Malaysia kerana tidak mahu ada penonton videonya yang bersikap seperti itu. Menurutnya, ini bukan pertama kali beliau menerima layanan seperti itu oleh segelintir rakyat Singapura.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen
Tinggal Anak Dan Maki Hamun Pengawal Keselamatan, Tindakan Pasangan Ini Raih Perhatian Netizen
Tonton John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Sofyank