Nama Raisa ‘trending’ di Twitter sejak semalam selepas dia dijemput untuk menjadi juri jemputan dari Indonesia di sebuah program hiburan tempatan, Gegar Vaganza.
Menjadi bualan ramai apabila Nabil Ahmad selaku pengacara telah persendakan Raisa yang memberikan komen kepada peserta, Hazrul Nizam dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Baca Juga:
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Dapat dilihat, Raisa kelihatan kurang senang dan raut wajahnya berubah serta memberikan komen dengan menggunakan bahasa Indonesia selepas itu. Hal ini telah meraih perhatian penonton yang menonton program tersebut.
Bila Nabil ajuk Raisa cakap English, baru aku sedar benda ni berlaku kat mana² je. Dari budak² kecik kat sekolah, kat Uni, even kat tempat keje pun or among friends and family, kalau ada yang jenis suka speaking, mesti ada yang suka ajuk as if benda tu pelik. #gegarvaganza9
— Izzuddin WM 🇲🇾 (@JudieneMarno) November 6, 2022
Raisa looks uncomfortable when nabil make fun of her speaking english. Nabil shouldn’t go overboard. #GegarVaganza9
— Ismail Md (@ismail3595) November 6, 2022
https://twitter.com/muqriaziz/status/1589282606709108736
Kesiannya Raisa, aku tgk pun rasa awkward. Dia tetamu jemputan kot, layanla elok2 Nabil oii #gegarvaganza9
— MARC DEAN (@marc_deanz) November 6, 2022
Nabil kena tone down on his jokes sebab boleh nampak Raisa tak faham and I think she's uncomfortable too. Dah too much lak, siap bahan all. #GegarVaganza9
— Aidah Saleh (@sitisuaidah94) November 6, 2022
Rata-rata netizen berasa kurang senang melihat tindakan Nabil yang dilihat bergurau keterlaluan dan sepatutnya menjaga adab serta menghormati keputusan penyanyi tersebut untuk menggunakan bahasa yang selesa digunakan.
Tidak hanya itu, ada juga netizen yang menyifatkan tindakan Nabil tidak profesional dan seharusnya lebih peka dalam menjaga hati semua pihak agar tidak dilihat ‘kurang ajar’.