Banyak perubahan yang dapat dilihat pada diri Nabil Ahmad dan kisah penghijrahan dirinya mendapat respon positif daripada netizen. Malah, ramai orang cukup senang melihat perubahan dirinya itu yang menjadi versi lebih baik dan mendekatkan diri dengan Allah.
Terbaharu, Issey Fazlisham yang merupakan rakan sekerja Nabil di konti radio Era FM telah memuat naik sebuah video di TikTok yang memaparkan aktiviti yang dilakukan oleh Nabil ketika berada di konti secara sembunyi.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
@isseyfazlisham Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA
Menerusi video terbabit, dapat dilihat Nabil sedang leka mengaji dan Issey mengatakan itu adalah sebab dia meminati Nabil kerana perjuangannya yang luar biasa.
Perkongsiannya itu telah meraih pelbagai reaksi orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan Nabil tidak menunjuk membuat amal kebaikan tetapi rakan-rakannya yang selalu berkongsi di media sosial.
Tidak hanya itu, para netizen turut memuji Nabil kerana dapat mengagihkan masa sebaiknya untuk dunia dan akhirat serta apa yang dilakukannya sedikit sebanyak memberi inspirasi.