Nadiyah Shahab cadang haramkan bunga api kerana telah membuatkan kucingnya ketakutan mendengarnya.

Setiap kali perayaan, di Malaysia, bunga api akan dimainkan. Ini termasuk di kawasan terkenal seperti di KLCC dan sebagainya.

Nadiyah Shahab cadang haramkan bunga api

Nadiyah Shahab  berkongsi kisah kucingnya yang ketakutan. Dan dia yakin lebih banyak lagi kucing dan anjing di luar sana yang menanggung nasib yang sama.

Nadiyah Shahab yang merupakan pelakon serta usahawan itu simpati mengenangkan nasib anjing dan kucing yang meringkuk ketakutan setiap malam setiap kali bunga api dimainkan.

Nadiyah Shahab cadang haramkan bunga api

Ianya kerana terpaksa mendengar dentuman bunga api. Lebih lebih lagi kucingnya. Dia sedih melihat kucingnya dalam keadaan ketakutan.

Dia menulis: “Boleh tak kita haramkan sahaja bunga api ini untuk semua?

“Banyak kucing dan anjing yang meringkuk dalam ketakutan setiap malam [mendengar bunyi bunga api].

“Saya terluka melihat kucing saya dalam keadaan begitu [ketakutan].”

Nadiyah Shahab haramkan bunga api

Di ruangan komen ada yang kurang setuju ketika Nadiyah Shahab cadang haramkan bunga api. Kerana menurut mereka, bunga api adalah salah satu tradisi yang memeriahkan lagi mana mana perayaan dan sambutan keraian di Malaysia.

Salah seorang lagi berkata: “Jangan jadi joy killer la. Saya pun ada kucing dan saya tenangkan sahaja kucing saya.”

Ianya dibalas dengan komen lain: “Saya ada 16 kucing di rumah dan saya tenangkannya. Bagaimana pula dengan anjing dan kucing liar? Siapa yang nak tolong tenangkan mereka?”

Di Malaysia ada garis panduan dan peraturan khas untuk bunga api. Boleh rujuk kepada pihak berkuasa untuk mengetahui jenis bunga api yang dibenarkan.

Begitu juga dengan penjualan bunga api. Ianya dijual secara bersyarat dan tidak semua jenis bunga api boleh dijual secara terbuka.

Jika melanggar peraturan yang ditetapkan, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) atau Seksyen 7, Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.