Tular pada minggu lalu apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan yang kontroversi terhadap Veveonah Mosibin mendakwa video yang dirakam gadis ini hanyalah sekadar gimik semata-mata.

Kenyataan beliau nampaknya turut mengundang kepada pelbagai kecaman terhadap Veveonah Mosibin dan juga Datuk Zahidi. Walau bagaimanapun, Datuk Zahidi telah memohon maaf setelah memaklumkan beliau menerima informasi yang silap mengenai Veveonah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Datuk abdul rahim Datuk Zahidi

Datuk Zahidi pada minggu ini turut memaklumkan menerima maklumat berkenaan situasi Veveonah daripada Timbalan Menteri Kewangan yang juga merupakan wakil rakyat Kudat iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri.

Walau bagaimanapun, segala hujah para menteri telah dipatahkan oleh Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun yang mengesahkan Veveonah Mosibin sebaliknya tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.

“Veveonah merupakan pelajar contoh dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat Ijazah, di UMS,” tambah Datuk Seri Masidi menerusi akaun Twitter beliau.

Difahamkan sebelum Datuk Seri Masidi mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Twitter beliau, Datuk Abdul Rahim telah memuat naik sebuah status di Facebook dengan mengatakan Veveonah tidak lagi tinggal di kampung berkenaan dan sekadar mencipta kandungan di YouTube untuk mencari publisiti.

Status tersebut walau bagaimanapun telah dipadamkan selepas menerima pelbagai respon di kalangan netizen serta mendapat pengesahan daripada Pengerusi UMS.

Datuk Zahidi pada minggu lalu telah memohon maaf kepada Veveonah selepas mengakui menerima info yang silap. Ketahui lebih lanjut mengenai dakwaan yang dibuat dengan klik pautan di bawah.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Mohon Maaf Kepada Veveonah

Hanya Untuk Konten YouTube, Kisah Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Disahkan Palsu

Sumber