Pembelajaran Linguistik amat penting sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak. Dengan mempelajari bahasa baru ianya merupakan langkah yang baik kerana ianya memberi kelebihan kepada kita sebagai rakyat Malaysia.

Semalam, Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob,  menyarankan bahawa penduduk di Sabah perlu mempelajari bahasa Mandarin selain Bahasa Inggeris kerana bahasa tersebut merupakan antara bahasa komunikasi yang sangat penting.

Sumber: Sabah Post

“Rakyat Malaysia yang menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin, mudah untuknya pergi ke mana-mana sahaja negara di dunia ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Institut Confucius (CI) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), semalam.

Teks beliau telah disampaikan oleh Penolong Menteri Pendidikan dan inovasi, Mohamad Mohamarin.

Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu Institut Confucius (CI), ianya merupakan sebuah institusi Bahasa Mandarin antarabangsa yang dibangunkan di luar China sejak 2004 dan UMS adalah universiti keempat di negara ini memiliki institut itu sebagai pusat pembelajaran bahasa Mandarin dan budaya China.

Menurut laporan Berita Harian, menteri tersebut juga menambah bahawa institusi ini juga merupakan satu medium untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan China khususnya di Sabah. Beliau berharap UMS menjadi ejen pertukaran budaya di antara kedua-dua negara.

Turut hadir ketika majlis pelancaran semalam ialah Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide; Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Setiausaha Jawatankuasa Parti Universiti Sains dan Teknologi Changsa, China, Prof Dr Fu Hongyuan.

Apa pendapat anda tentang kenyataan Menteri? Adakah penting bagi kita untuk belajar Bahasa baru atau tidak?

Terdahulu, pegawai imigresen diminta untuk mempelajari Bahasa Mandarin untuk menarik pelancong terima reaksi pelbagai dari netizen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pegawai Imigresen Perlu Belajar Bahasa Mandarin Terima Reaksi Pelbagai Netizen

Rakyat Malaysia Berada Di Kedudukan Tertinggi Dalam Senarai Pemerhatian Imigresen Australia

Sumber