Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh seluruh dunia apabila CNN selaku media ternama Amerika Syarikat memaklumkan Kim Jong-un yang merupakan pemimpin Korea Utara kini berada dalam kritikal selepas menjalani pembedahan jantung. Tidak kurang juga beberapa media lain yang melaporkan Kim Jong-un sebenarnya sudah meninggal dunia namun dirahsiakan oleh pihak negara tersebut.
Berita ini secara tidak langsung turut menimbulkan kepada pelbagai spekulasi khususnya mengenai pengganti Kim Jong-un yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara tersebut.
Terbaharu, penasihat polisi asing presiden Korea Selatan, Moon Chung-in tampil dengan menafikan dakwaan daripada CNN sekaligus memaklumkan Kim Jong-un masih hidup dan berada dalam keadaan yang sihat. Dilaporkan pemimpin Korea Utara ini sedang berehat di Wonsan sejak pada 13 April lalu.
Beliau yang sebelum ini aktif menghadiri sambutan paling meriah buat negara itu sempena kelahiran datuknya, Kim Il Sung juga tidak kelihatan pada 15 April lalu.
Meskipun dilaporkan masih hidup dan sihat oleh pihak Korea Selatan, ketiadaan beliau di media rasmi Korea Utama sejak 11 April lalu masih lagi menimbulkan tanda tanya dan skeptikal orang ramai mengenai keadaan pemimpin Korea Utara ini.
Kim Yo Jong dikatakan bakal mengambil alih tugas Kim Jong-un sebagai pemimpin Korea Utara sekiranya disahkan Kim Jong-un meninggal dunia.
Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un
Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia
‘Kehilangan’ Kim Jong-un Selepas Pembedahan Timbulkan Tanda Tanya Buat Orang Ramai