Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan bakal mengahwini wanita pilihan, Athira Yuhada pada 16 Disember ini.
Perkara itu dapat dihidu selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka didedahkan kepada media.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
Sebelum ini, Hafidz menegaskan hubungannya dengan Athira sekadar kawan selain tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.
Sekadar makluman, Athira adalah wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga aktor terbabit dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Khabar angin pernikahan Hafidz itu telah mengundang perhatian ramai dan netizen mengungkit kembali kes penceraian, soal nafkah dan kes pukul yang melibatkannya bersama bekas isteri.
“Bahagia atas penderitaan orang lain, harap bahagialah. Tak terima nasib yang sama macam isteri pertama,” ujar netizen.