Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah menghantar notis meminta syarikat pengeluar roti Gardenia Bakeries Sdn Bhd (Gardenia KL) memberikan penjelasan berhubung kenaikan harga jenis 30 roti miliknya bermula 1 Oktober ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata syarikat berkenaan perlu menjawab notis yang dikeluarkan semalam itu, sebagai sebahagian daripada usaha pihaknya bagi mengelak berlakunya kenaikan harga yang tidak munasabah sehingga boleh membebankan rakyat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Malay Mail

“Pihak Gardenia perlu menjawab notis itu dalam tempoh enam hari sebab kita hendak tahu semua kos terbabit, sebagai contoh harga tepung digunakan, kos pengangkutan, borong dan runcit.

“Keseluruhan rantaian bekalan ini perlu diperjelaskan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di dalam Sesi Walkabout Program Jualan Rahmah pada hari semalam.

Dalam pada itu, Fuziah juga menggalakkan langkah syarikat itu tidak menaikkan harga 28 produknya termasuk roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em.

Katanya KPDN akan melakukan pengiraan secara komprehensif selepas menerima penjelasan Gardenia KL nanti, bagi menentukan sama ada kenaikan harga barangan makanan itu rasional atau tidak.

Gardenia KL sebelum ini mengesahkan 30 produk mereka akan mengalami kenaikan harga antara 10 dan 40 sen, selepas menyemak semula harga bagi produk terpilih.

Sumber