Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini.

Man on the Run ialah sebuah dokumentari berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dokumentari itu diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim. Berdurasi 1 jam 38 minit, dokumentari itu ditayangkan di negara ini melalui Netflix sejak 19 Oktober tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mendakwa dokumentari itu sangat subjudis terhadap anak guamnya, petik Berita Harian.

Ini kerana perbicaraan 1MDB sedang berjalan, dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera.

Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah, dalam dokumentari berkenaan.

Peguam itu turut melahirkan rasa terkejut kerana pegawai penyiasat sendiri tidak tahu mengenai dokumentari terbabit.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, berkata beliau hanya mengetahui mengenainya dan perlu menonton dokumentari berkenaan terlebih dahulu, sebelum melaporkan kepada Peguam Negara dan mendapatkan arahan lanjut.

Ketika artikel ini ditulis, dokumentari mengenai Najib Razak itu berada di tangga ke-4 dalam carta ’10 Filem Top Di Malaysia Hari Ini’.

Sumber Gambar: Netflix Malaysia

Muhammad Shafee menyatakan beliau akan menulis surat kepada kedua-dua agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) secepat mungkin.

Pada masa sama, beliau juga akan memfailkan permohonan untuk meneruskan prosiding pengkomitan (menghina mahkamah) terhadap bekas Peguam Thomas dan tindakan saman terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Sumber