Rasa loya, nak muntah, semuanya ada bila dapat tahu tentang berita aneh ini. Tak sangka, seburuk-buruk rupa Alien pun masih ada lagi orang yang mahu jadi seperti itu. Seorang lelaki bernama Vinny Ohh yang juga merupakan jurusolek di Los Angeles sanggup berhabis AS$50,000 lebih kurang RM230,000 semata-mata mahu mencapai impiannya menjadi makhluk asing.

Apa yang lebih memeranjatkan, beliau ingin menjadi makhluk asing tanpa jantina! Ya, tanpa jantina. Kesian betul kalau spesies mahkluk asing seperti ini benar-benar wujud, mesti tak ada zuriat. Hahaha.

Setakat ini, Vinny Ohh telah menjalani lebih daripada 100 pembedahan plastik serta merancang membuang alat sulit, pusat dan juga mejalani pelbagai prosedur pembedahan pada wajah.

Beliau mula menjalani pembedahan plastik ini ketika berusia 17 tahun lagi, dan kini beliau sudah berumur 22 tahun. Sepanjang 5 tahun dalam proses mengubah diri jadi makhluk asing, di bawah ini kami lampirkan foto hasil rupa bentuk makhluk asing buatan ini.

Untuk lihat lebih banyak gambar manusia aneh ini, anda boleh follow Vinny Ohh di Instagram @vinnyohh. Harap tiada yang jadikan ini sebagai inspirasi untuk buat pembedahan plastik jadi mutant pula!