Selalunya selepas kita berjaya melepasi ujian memandu JPJ akan pulang dan sekadar berkongsi berita gembira itu dengan keluarga dan kenalan rapat.
Bagaimanapun, tular sebuah video yang memperlihatkan keunikan di sebuah institusi memandu yang mengadakan majlis graduasi buat pelajar yang berjaya melepasi ujian JPJ di situ.
Di dalam video tersebut, kelihatan para lepasan yang lengkap berjubah serta memakai topi konvokesyen seperti di universiti.
Para lepasan ujian JPJ turut bakal mengambil gambar dengan backdrop seumpama di majlis grand sambil diambil gambar oleh jurugambar terlatih.
@nieqlesenmemandu graduasi day #fypage #fypシ゚viral #nieqlesenmemandu #fyp #kelantan #malaysia
Perkongsian video itu langsung mencuri perhatian penguna di platform TikTok yang mana rata-ratanya meluahkan rasa teruja lihat sambutan graduasi untuk lepasan ujian JPJ kerana tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Ramai juga menunjukkan minat mahu merasai dihargai sewaktu berjaya melepasi ujian JPJ pada suatu ketika dahulu.
Dalam pada itu, ada berseloroh yang mengatakan mungkin inilah sebab yuran mengambil lesen kenderaan semakin mahal kerana adanya majlis sebegini yang pasti berlaku penambahan kos di dalam pengoperasian.