Pelantun lagu ‘Hi Hi Bye Bye’, Ezlynn mendedahkan dia memberikan keizinan kepada suaminya, Wan Mohd Hafizam untuk menambah isteri ketiga.
Menerusi satu video temu bual bersama KopiPlanet, Ezlynn berkata suaminya mahu mencari isteri dari negara jiran, Indonesia.
“Suami kata nak cari isteri lagi satu, kali ini dia nak orang Indonesia pula. Saya percaya suami saya, bila dia cakap tu memang betul dia nak.
“Tapi cuma Allah SWT izinkan atau tidak, itu terpulang. Kita hanya merancang. Saya memang beri keizinan,” katanya.
@kopiplanet Penyanyi popular Ezlynn yang kini hidup bermadu sebagai isteri pertama mendedahkan suaminya ada luah hasrat untuk berkahwin lagi dan mahu memilih wanita Indonesia sebagai isteri ke-3… #fyp #foryourpage #foryoupage #ezlynn #penyanyi #popular #madu #artis #malaysia #gosip #kahwin #tiktok #tiktokmalaysia
Jelasnya lagi, dia mempercayai fitrah lelaki yang mampu mencintai lebih dari seorang wanita dalam satu masa. Jadi suaminya tidak mempunyai ‘alasan’ mengapa dia mahu berkahwin satu lagi.
Menerusi video temu bual itu lagi, beliau meminta suaminya untuk membuat ‘bohong sunat’, yang mana suaminya boleh dapat pahala dengan membahagiakan isteri.
“Saya kata ke dia (suami) untuk ‘bohong sunat’. Tipulah saya, cakap saya cantik walaupun saya buruk. Sebab ini dapat pahala kalau you ‘tipu’ untuk bahagiakan isteri,” jelas Ezlynn.
Untuk makluman, Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011. Namun pasangan itu bercerai pada 23 Oktober 2017.
Empat tahun kemudian, Ezlynn dan Wan berkahwin menerusi atas talian pada tahun 2021.