Bila di dalam platform edagang, kita sebagai pelanggan selalunya membeli barang tanpa memikirkan tentang beratnya kerana percaya sudah membayar segala kos yang dikenakan.

Bagaimanapun, fenomena ini telah meraih perhatian geng rider kerana bagi mereka  pesanan barang yang tidak masuk akal beratnya akan menyusahkan sewaktu mahu diangkut ke rumah flat yang tiada lif terutamanya.

Di dalam satu video yang tular, seorang pengguna telah memuat naik satu video yang memperlihatkan situasi di mana dua orang lelaki perlu mengangkut kota yang berat yang didakwa seberat 60 kg serta panjang.

Tampak kedua-dua lelaki itu mengalami kesukaran untuk membawa barang itu ke tingkat 2. Oleh itu, pengguna terbabit meminta pelanggan untuk pertimbang untuk membeli barang yang berat boleh dikendalikan seorang dewasa sahaja tanpa perlu bantuan orang lain.

“Nak order barang kasi berakal sikit , kesian dekat rider nak angkat berat 60kg. Nak menghantar rumah flat tingkat 2… mau bengkok rider kalau sorang,” kapsyennya.

@ehsopek

Nak order barang kasi berakal sikit , kesian dekat rider nak angkat berat 60kg. Nak menghantar rumah flat tingkat 2… mau bengkok rider kalau sorang ii 🙏🏻🏄🏼‍♂️ #foryoupage #jntexpress #courier

♬ original sound – shfq – shfq

Bagaimanapun, luahan pengguna itu meraih pelbagai reaksi dari kalangan netizen yang selaku pengguna edagang.

Rata-ratanya netizen berpendapat tiada seharusnya meletakkan kesalahan ke atas pelanggan dek hanya kerana memesan barang yang berat walhal sudah membayar segala kos termasuk penghantaran menerusinya.

'Nak Order Barang Kasi Berakal Sikit' - Rider Terpaksa Angkat Barang 60 KG Naik Tangga Jadi Perbincangan
Sumber Gambar: TikTok
'Nak Order Barang Kasi Berakal Sikit' - Rider Terpaksa Angkat Barang 60 KG Naik Tangga Jadi Perbincangan
Sumber Gambar: TikTok

Oleh itu, netizen meminta pihak rider untuk berbincang dengan HQ agar perkara ini tidak berlanjutan di kalangan rider dan pelanggan.

Sementara yang berpihak kepada rider pula percaya pelanggan perlu lebih bertimbang rasa dan berfikir secara logikal apabila membuat pesanan agar tidak menyusahkan pihak lain sewaktu penghantaran.