Seorang influencer dikecam warganet selepas didakwa membawa kereta EV secara laju ketika waktu hujan lebat baru-baru ini.
Menerusi gambar yang tular, didapati kereta jenama MG4 XPOWER itu rosak teruk akibat kemalangan dengan sebuah lori.
Baca Juga:
- Rugi Sebab Kereta EV, Volkswagen Rancang Tutup Kilang Tertua
- Niat Nak Promosi Makanan, Kereta Evo Di Belakang Curi Perhatian Ramai
- RASMI: Senarai Cukai Jalan Baharu Kereta EV Mulai 1 Januari 2026
Sementara rakaman dashcam daripada pengguna jalan raya lain pula menunjukkan influencer tersebut memecut di lorong tengah dengan laju sebelum terlibat kemalangan.
Ni ke? pic.twitter.com/KAS5O8emrL
— FATI (@fat_deadpoool) October 3, 2024
Rakaman dashcam yang tular itu membuatkan ramai warganet marah terhadap influencer tersebut.
Tindakannya yang memandu secara laju itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Apa yang membuatkan netizen lebih marah apabila dia sempat merakam membuat konten jenaka ‘sapu minyak gamat’ terhadap kemalangan yang menimpa kepadanya.
Difahamkan lori tersebut terpaksa masuk bengkel selepas terlibat kemalangan terbabit.