Sebelum ini, pengacara All Stars Gegar Vaganza, Jihan Muse telah menerima kritikan hebat netizen selepas bergurau nama bapa vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat ketika mengacarakan program tersebut.

Susulan itu, Azmi Saat tampil memberi respon terhadap hal itu dalam satu temubual dan katanya sebagai seseorang yang rapat dan mengenali Jihan dia akui tidak terasa dengan hal tersebut.

Baca Juga:

Menurutnya, gurauan kasar seperti itu sebenarnya tiada masalah jika ia di antara orang yang kita rapat, seperti dia dan Jihan namun ia tidak boleh diterima masyarakat memandangkan ia hal sensitif.

“Kita kena belajarlah jugaklah gurauan macam tu agak sensitif di masyarakat kita malah setiap orang bangga dengan nama ayah kan, bila dibawa main memang orang tak suka.” ujar Azmi.

Tambahnya, Jihan telah menghantar mesej kepadanya secara peribadi dan memohon maaf atas apa yang berlaku selepas kejadian terbabit.