Sebelum ini, tular satu rakaman video memaparkan dua orang influencer iaitu Sarancak dan Nell Hanan sewaktu menyertai sesi podcast bersama Ceddy Ang di TikTok berkongsi pengalaman mereka bekerja dengan seorang selebriti yang kelihatan begitu baik di hadapan peminat tetapi bercanggah dengan sikap sebenar.

Menerusi video terbabit, mereka mendakwa selebriti terbabit pernah melemparkan buku skrip sewaktu sesi penggambaran bahkan turut melabel artis tersebut sebagai seorang yang ‘berperangai syaitan’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@syoksyoksyok

Wah! betul-betul rancak eh episod kali ni! OMG! Very the HOT TEA! 🔥🔥🔥 Biar betul! Campak skrip? Takkan la! Tapi orang industri memang lebih tahu kan…..siapa agaknya selebriti misteri yang Sarancak ngan Nell cakap ni? Banyak lagi tau hot tea! Korang kena tengok episod penuh Sembang Atas Dulang Musim Kedua! @Ceddy – CEO of Makan Makan @Nell Hanan @Sarancak #podcast #ttylpodcast #sarancak #nellhanan #ceddy #selebriti #selebritimalaysia

♬ original sound – SYOK – SYOK

Perkongsian video itu telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, nama Mira Filzah dipetik oleh netizen sebagai selebriti yang dilabel ‘berperangai syaitan’ itu.

Susulan itu, Mira tampil mempertahankan diri dan menjelaskan tuduhan yang dibuat oleh segelintir netizen itu tidak benar.

Menurutnya, selama 10 tahun dalam dunia seni hiburan dia tidak pernah membaling apa-apa barang pada orang dan dia tidak mengenali individu yang membuat tuduhan tersebut.

“Kenal dia pun tak. Hampir 10 tahun berlakon, tak pernah saya baling apa-apa pun pada orang.” tulis Mira Filzah.

Dalam ruangan komen tersebut, Sarancak juga menafikan bahawa pendedahan perangai selebriti dalam sesi podcast itu ditujukan kepada Mira Filzah.