Pusat Sains Negara (PSN) hanya gah pada nama, namun fasilitinya mungkin sudah uzur dan menunggu masa untuk runtuh.

Itulah pandangan sebahagian netizen apabila melihat foto bumbung yang dipercayai bocor dan terpaksa ditadah menggunakan baldi sewaktu hujan.

Baca Juga:

Foto yang dimuat naik oleh salah seorang netizen di Twitter itu menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap pihak berwajib.

Kebanyakan mereka mempersoal rasa tidak tanggungjawab pihak berwajib dalam memastikan fasiliti awam terus dijaga dengan baik.

Situasi ini turut mendapat perhatian Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen Tauran yang menyatakan rasa terkejut beliau dengan isu penyelenggaraan PSN.

Beliau turut bertanya sampai bilakah situasi seperti ini akan terus dibiarkan oleh pihak berwajib.

Sejak gambar yang dimuat naik itu tular, difahamkan bahawa ia telah mendapat perhatian Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang.

Beliau berkata bahawa tindakan untuk memperbaiki masalah tersebut sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama-sama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Saya telah menerima aduan daripada salah seorang pengunjung Pusat Sains Negara mengenai kebocoran bumbung bangunan tersebut ketika waktu hujan.

“Setelah mendapatkan maklum balas daripada pegawai Kementerian, saya dimaklumkan bahawa siri perbincangan telah diadakan antara pihak MOSTI dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membuat pengubahsuaian terhadap struktur bumbung tersebut.

“Tindakan akan diambil dalam masa terdekat. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan.