Tahukah anda bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) dan syarikat spin-off universiti tersebut, SpaceIn Sdn Bhd melakar sejarah apabila melancarkan satelit piko pertama Malaysia, SpaceANT-D baru-baru ini?

Terbaharu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pula menyatakan bahawa Malaysia mungkin akan mempunyai tapak pelancaran roket sebelum 2030 kelak.

Baca Juga:

Dengan langkah ini, industri aeroangkasa di Malaysia dijangka akan terus berkembang dsn membolehkan Malaysia menerajui arena ini di rantau sini.

Kedudukan negara Malaysia dikatakan mempunyai beberapa keunikkan tersendiri sebagai tapak pelancaran, termasuk kedudukan yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Sebelum ini, kerajaan telah membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas.

Lokasi tapak pelancaran berkaitan tidak pula dinyatakan. Namun, Sabah pernah mengatakan sedang turut mengkaji kesesuaian pusat pelancaran ke angkasa di negeri tersebut.

Menurut laporan sebelum ini, Sabah bakal menjadi lokasi ke-16 di dunia memiliki kemudahan pelancaran ke angkasa lepas jika kajian kebolehlaksanaan fasiliti itu yang akan dilaksanakan tidak lama lagi menunjukkan hasil yang positif.

Sebuah agensi yang dikenali sebagai Sabah Space Industrial Corporation akan bekerjasama rapat dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menjalankan inisiatif membangunkan sektor aeroangkasa di Sabah.